Cara Elak Sikap Ego Dalam Perhubungan

By | Disember 29, 2015

Sikap ego yang keterlaluan adakalanya mengundang pelbagai musibah sama ada dalam perhubungan mahupun pekerjaan. Usah jadikan tahap ego anda sebagai suatu sikap yang kekal dalam diri kerana ia nyata dapat dipulihkan melalui pendekatan yang sesuai.

Jangan Menghakimi

Jauhi sifat yang suka menghakimi dan menyalahkan pasangan. Individu yang berego tinggi tidak suka dipersalahkan kerana menganggap dirinya tidak penting. Oleh itu cuba untuk berfikir dengan lebih mendalam dan mengalah kepada pasangan bagi mengelakkan situasi bertambah buruk.

Cara Berkomunikasi

Untuk berhadapan dengan pasangan ego, anda seharusnya mendekati mereka dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut agar tidak menyinggung perasaan pasangan sewaktu berinteraksi. Dengan ini, mereka akan mudah untuk berlembut hati atas kelembutan bahasa yang digunakan oleh anda.

Jadi Pendengar Yang Baik

Setiap manusia dilahirkan dengan naluri kepimpinan. Mereka mahukan seseorang yang menurut perintah namun hakikatnya, mereka juga manusia biasa yang berbuat kesilapan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara lembut. Sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya pasangan yang bersifat ego itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.

Fahami Pasangan

Pasangan yang mempunyai sifat ego ini sebenarnya hidup dalam dunia mereka yang tersendiri. Mereka juga sangat bercita-cita tinggi dan melihat hanya diri mereka sahaja yang betul dalam apa jua situasi. Oleh itu, cuba fahami pasangan dengan melakukan sedikit kajian melalui sesi slow talk atau fahami karakter daripada saudara terdekat mereka.

Sumber: Nona.my

One thought on “Cara Elak Sikap Ego Dalam Perhubungan

  1. Ashiqin

    Salam. Saya ni pon tinggi juga ego. Tapi, pasangan saya tidak memahami kenapa saya berbuat begitu. Dia cakap saya terlampau kongkong dia tapi tak pon. Dia sampai memaki saya disebabkan perangai ego saya. Bukan saya tak cuba ubah tapi dia yg makin naikkan kemarah ego saya. Tolong bantu ye

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *