Cara Solat Terawih Secara Bersendirian

By | Jun 11, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Solat Terawih adalah sunat muakkad kepada umat Islam yang telah berpuasa sepanjang hari. Gambar dipetik dari abuwafi98.wordpress.com

Solat Terawih adalah sunat muakkad kepada umat Islam yang telah berpuasa sepanjang hari. Gambar dipetik dari abuwafi98.wordpress.com

Tidak lama lagi kita akan menemukan semula dengan bulan Ramadhan yang menjanjikan seribu pahala kepada umat Islam seluruh dunia. Ada yang bergembira, ada yang berduka. (Tapi yang berduka tu jangan risau, anda tetap kena harungi jugak…)

Sempena bulan berkat ini, yeop ingin menceritakan maksud Solat Terawih dan cara-cara untuk menunaikannya.

Maksud Solat Terawih

Solat Tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir. Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum Muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.).”    (Riwayat al-Bukhari)

Maksud daripada Hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha. Demikianlah pendapat para Ulama Fekah.

Mengapa disebut solat Tarawih

Solat pada malam bulan Ramadhan itu disebut ‘Tarawih’ kerana solatnya panjang, raka’atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka’at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut “Tarawih”.

Ibnu Manzur dalam kitab ‘Lisanul Arabi’ menerangkan bahawa ‘Altarawih’ adalah bentuk jamak daripada ‘Tarwihah’ adalah isim marrah (Isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada ‘Ar-rahah’.

Jadi makna ‘Tarwihah’ itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata ‘Taslimah’ (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan ‘Assalam’. Disebut ‘Tarawih’ kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka’at, kemudian dia menerangkan pula bahawa ‘Ar-rahah’ itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata ‘at-ta’ab’ yang bererti penat.

Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat,Nabi Muhammad s.a.w.  berkata pada bilal: “Marilah kita beristirehat dengan solat.’

Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! Maka kita akan beristirehat dengan solat itu, Istirehat Nabi Muhammad s.a.w. menerusi solat kerana didalamnya sebagai munajat kepada Allah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat.”

Dengan demikian solat Tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan Ramadhan al-Mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith.

Dipetik dari SOLAT TARAWIH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG SOHIH

Hukum menunaikan Solat Terawih

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.

Dipetik dari Solat Sunat Tarawih

Bilangan raka’at solat Tarawih

Solat Tarawih adalah termasuk solat sunnat muakkad berdasarkan hadith-hadith yang telah disebutkan tadi. Bilangan raka’atnya berjumlah 20 raka’at tidak termasuk solat witir. Jika dimasukkan solat witir maka manjadi 23 raka’at. Demikian berdasarkan pada sunnah yang telah berlaku dan berdasarkan pada sunnah umat Islam, sama ada daripada golongan ulama Salaf maupun Khalaf sejak zaman Khalifah Umar Ibnu al- Khattab r.a. sehinggalah ke zaman kita sekarang.

Dipetik dari SOLAT TARAWIH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG SOHIH

Cara-cara atau fadhilat Solat Terawih secara bersendirian

Semoga dengan perkongsian ini, anda akan belajar untuk solat Terawih secara bersendirian walaupun anda bekerja pada waktu malam.

Sekian, Wassalam.

5 thoughts on “Cara Solat Terawih Secara Bersendirian

  1. Noriza Rahman

    Memang tahun lepas terpaksa solat terawikh di rumah sahaja, sebab anak masih dibawah umur setahun kan..tahun ni maybe boleh bawa dah pergi masjid kot…

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *