Cendawan Susu Rimau Tigerus

By | September 19, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ya, yeop datang kembali dengan review barangan yang yeop dapat hasil dari kontes Facebook Cendawan Susu Rimau pada bulan lepas.

Kali ini yeop pula mereview ubat yang sesuai untuk resdung dan selsema.

Alkisahnya…

Yeop memang dari sekolah menengah dahulu mengalami resdung yang sangat teruk sehingga yeop sukar bernafas dari hidung. Kemudian, ia terus efek ke telinga (tidak dapat mendengar dengan jelas) dan kepala (gatal sebab luka di kulit kepala – yeop mengalami kelumumur yang agak banyak).

Yeop telah mencuba beberapa jenis ubat, dari ubat kampung biasa (RM15-RM20) sehingga mencari ikhtiar di hospital kerajaan. Tapi tidak mendapat jawapan yang sebenar.

Yeop biarkan saja resdung menginap di badan yeop, sebab hampir berputus asa mencari ubat. Sehingga satu tahap, yeop tidak dapat mendengar melalui telinga kanan dengan jelas.

Ya, sebab tu yeop tidak dapat mendengar, tapi dapatlah tangkap sikit sikit.

Jadi, yeop terperasan ada satu kontes yang menawarkan satu botol TIGERUS Tiger Milk Mushroom. Yeop sertainya dan menang.

cendawan-susu-rimau

Alhamdulillah, memang niat yeop nak beli ubat ini. Tiba-tiba dapat hadiah sebotol Produk Cendawan Rimau TIGERUS!

Mengambil masa 3 hari penghantaran POS Laju, barang yang yeop menang dah sampai di tangan yeop.

Yeop terbaca dalam kertas iklan yang mereka beri bersama ubat.

Ia boleh menyembuh resdung, asma, selsema dan kahak.

Wah, yeop sendiri mengalami masalah sebegini. Tidak rugilah yeop menang dalam kontest mereka.

**************

Mari mengenali Cendawan Susu Harimau

Cendawan Susu Rimau?

Ape tu ye?

Ok kalau korang semua nak tahu jom kita sama-sama baca entri kali ni

cendawan4-300x201

Koleksi cendawan susu rimau

Pada entri kali ini, sy akan menceritakan serba sedikit pasal Cendawan Susu Rimau ni … atau nama Inggerisnya TIGER MILK MUSHROOM, atau kalau secara saintifiknya adalah Lignosus rhinocerus

Cendawan ini bukan lah seperti cendawan yg lain kerana ianya amat sukar ditemui dan bukanlah sesuatu yang anda boleh perolehi di pasar basah atau pasar kering . Rata- ratanya cendawan ini ditemui di hutan belantara.. Cendawan ini tumbuh secara tunggal atau individual dan bukan berkelompok seperti cendawan lain..

Cendawan ini mempunyai 3 bahagian utama, iaitu payung, batang dan ubi.  Khasiat cendawan ini terletak pada bahagian ubinya (sclerotium). Bahagian dalam ubinya berwarna putih susu, seolah2 seperti warna susu harimau.

BOLEH TENGOK SINI:

morphology

Rata-rata masyarakat moden sekarang mungkin tidak tahu mengenai cendawan ini… Walaupun begitu, cendawan ini amat lah popular di kalangan generasi tua dan juga masyarakat orang asli Malaysia. Bagi mereka cendawan ini amat la berkhasiat dan berguna untuk mengubati pelbagai penyakit.

Orang asli menggunakan cendawan ini untuk mengubati lebih daripada 15 jenis penyakit seperti;

  • demam
  • batuk
  • lelah
  • barah / kanser
  • keracunan makanan
  • luka
  • lemah – lemah badan (sebagai tonik utk menguatkan badan)
  • sakit sendi

Cendawan boleh dikatakan sebagai harta karun negara dan mempunyai nilai yang amat tinggi kerana khasiat nya dan tidak mudah untuk diperolehi.

Menurut kepercayaan orang asli hanya yang bertuah dan murah rezeki sahaja akan menemuinya.

Mengikut kepercayaan dongeng purbakala, cendawan ini dipercayai tumbuh dikawasan dimana titisan susu ibu harimau jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya.. Disebabkan itulah cendawan ni dinamakan cendawan susu rimau.

Dipetik dari blog Tigerus.com.my

***********

Selepas waktu makan malam, yeop mencuba sebiji ubat itu. Nak tengok keberkesanannya. Yeop teruskan makan ubat itu selama sebulan. Kadang-kadang yeop jarang makan ubat itu.

Dalam masa satu minggu, ruam-ruam yang menyorok di hidung dan nanah di bahagian kiri pipi yeop telah keluar sendiri tanpa memicit di pipi dan garu-garu di hidung.

Ye, yeop sendiri terkejut dengan perubahan pertama. Nanah di bahagian kiri pipi sangat susah nak dibuang.

Yeop teruskan makan ubat itu selama 3 minggu. Alhamdulillah, yeop telah pulih semula dari resdung dan selsema. Kadang-kadang kahak keluar sendiri dari mulut.

Kini, yeop dah jarang makan ubat itu sebab yeop dah pulih sedikit demi sedikit. Syukur Alhamdulillah.

Walaupun kita merancang, Allah menentukan semuanya. Tapi kita perlukan usaha untuk memulihkan kesihatan diri.

Kepada anda yang mengalami asma, selsema, batuk atau kahak yang sangat teruk, yeop mengesyorkan anda membeli dan menggunakan ubat TIGERUS Cendawan Susu Harimau setiap hari, mengikut arahan yang diberi.

Anda boleh beli di laman web tigerus.com.my sekarang!

2 thoughts on “Cendawan Susu Rimau Tigerus

  1. As

    Banyak dah produk utk resdung. Cubalah Shaklee, banyak testimoni dan siap ada landmark study.?

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *