#LuahanHati 49:Blog yang Baik Adalah Blog yang Cerita Kebenaran

By | Mei 22, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

bohong

‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Perumpamaan yang selalu kita dengar bila perbuatan kita dilakukan setiap hari. Tidak kiralah bab politik, informasi, berita, dan sebagainya.

Setiap penulisan dalam blog ini adalah tanggungjawab kita. Tapi lihatlah apa yang jadi kini, bila tersalah mengira dalam penulisan, pembaca sendiri disalahanggap sebagai apa-apa-apa.

Setiap penulisan blog yang baik adalah menceritakan perkara yang benar, bukan palsu semata-mata. Blog seperti berita, saya mengakuinya, pembacanya terlalu ramai sampai tak terkira pageview. Tapi pernahkah kita terfikir, jika kesilapan menaip (typing error) cepat mereka melatah, sedangkan blog lain taklah diserang begitu?

Kita boleh salahkan penulis itu sendiri, tapi pernahkah kita menegur cara baik dengan menghantar komen atau emel je? Lepas tu pergi sebar ke blog-blog lain, maksudnya mcm kopi-pasta.

Lihatlah blog yang mereka dipuja-puja kini, adakah mereka percaya dengan penulisannya? lihat pula media tempatan (seperti akhbar), mereka bermati-mati tidak percaya, walaupun dah beritahu sumbernya.

Sumber luar mudah sangat percaya, sebab kini di hujung jari saja. Agaknya, lepas nie takde informasi yang kita sebarkan ke blog-blog, hanya ada cerita buruk dan keji (paham-paham jelah) mereka sebarkan.

Saya amat menegaskan bahawa blog yang baik adalah blog yang menceritakan kebenaran, bukan palsu atau menipu atau sewaktu dengannya.

nota: saya tak kesah kena kritik, sebab saya di pihak benar.

8 thoughts on “#LuahanHati 49:Blog yang Baik Adalah Blog yang Cerita Kebenaran

  1. Alin Marlini

    Psl tu kena tulis dgn ikhlas. Kdg2 tak semua suka ngan ayat2 kita

    Salam perkenalan dr Alin Marlini

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *