Cerita Yeop dan 20 Sen

By | April 4, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

20sen 1998B

Mesti kome ingat cerita 20 sen dalam entri yeop tahun lepas. Kali ini yeop nak mengimbas kembali kisah yeop semasa sekolah rendah dan menengah dulu.

Semasa sekolah rendah dulu, tahun 1997 hingga 2002.

Ayah yeop selalu bagi 20 sen dan bawa bekalan dari rumah ke sekolah. Bekas yang kecil masa tu berisi bihun goreng, nasi goreng, mee goreng, kadang-kadang bawa bekal roti telur ke sekolah. Masa tu 20 sen boleh beli air dalam plastik atau biskut kacang atau keropok ubi kecil. Masa rehat, yeop makan bekalan dari rumah dalam kelas saja. Dari darjah 1 sehingga tingkatan 3. Dan seperti yeop cakap, yeop bawa duit syiling 20 sen saja.

Masa tu gaji ayah yeop kecil saja, kurang RM2000. Tapi beliau sentiasa cukupkan sampai hari gajinya. Lepas beli barang semuanya terus dia simpan duit syiling ke dalam tabungnya. 10 sen, 20 sen, 50 sen sehingga seringgit.

Masa tu yeop malas nak menabung, terus habis kat kantin saja. Tabung ada, cuma malas. Yeop masih simpan tabung Arab Malaysian Bank (kini dikenali sebagai AmBank), kadang-kadang yeop korek duit tabung untuk beli coklat di kedai.

Nilai 20 sen juga dibawa ke tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Macam biasa, yeop sentiasa bawa bekal ke sekolah. Tapi ada kesilapan sedikit pada ayah yeop sendiri. Bayangkan beliau tak bagi sama rata, bayangkan adik-adik di bawah yeop bagi 50 sen, sedangkan yeop masih 20 sen. Kerana beliaulah yeop membuat kesilapan yang membawa yeop ke … (yeop tak perlu cerita apa-apa.)

Setelah yeop masuk ke tingkatan 4 dan tingkatan 5 barulah berubah kewangan yeop. Memandangkan yeop berada di asrama sekolah, ayah yeop beri Rm400 sebulan untuk dibelanja semasa yeop di asrama. Alhamdulillah, yeop sentiasa cukup duit semasa di sana, walaupun sering kecurian antara dorm asrama.

Dah habis belajar tingkatan 4, yeop nak bekerja sendiri tapi bila halangan ayah yeop sendiri (mungkin dia tak suka yeop kerja). Nak taknak duduk kat rumah jelah. Selepas tamat persekolahan yeop terus kerja di Petronas Gerik selama 6 bulan. Bukan yeop tak suka kerja situ tapi ayah yeop selalu singgah di Petronas membuat yeop sangat tak selesa (mana taknya asyik tengok mukanya di rumah, pastu tempat kerja pula). Akhirnya yeop berhenti kerja dan terus ke Tingkatan 6 (Pra-U).

Semasa yeop belajar, yeop hilang konstrasi mengakibatkan yeop berhenti belajar setahun kemudian, memberi laluan lapor diri di Putrajaya pada hujung bulan 6 tahun 2009.

Sepanjang yeop belajar di Pra-U, belanja yeop hanya seringgit saja. Kalau ikut hati memang nak berhenti saja, tapi dah ada sahabat sekepala yeop teruskan sampai pecah kepala. Dan semasa itu jugalah yeop terpaksa membuat sesuatu yang mungkin …. (tak perlu yeop beritahu apabenda)

Kini, bila yeop memikirkan nilai 20 sen yeop simpan dalam tabung. Biarlah simpan sampai banyak. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Entah, mungkin entri ini dah ke laut inggeris.

6 thoughts on “Cerita Yeop dan 20 Sen

  1. Bella Enveeus

    Haha. Belum sampai Laut Inggeris cuma dah sipi2 dengan Selat Melaka.. :p
    Moral story ialah kita haruslah kumpul duit untuk kemudahan di masa akan datang.
    Dan kena tengok perubahan masa untuk diaplikasikan pada pendidikan dan belanja keluarga dan anak2.

    Haa.. Ok tak kesimpulan tu? 🙂

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *