Ciri-ciri Lelaki Dayus

By | Julai 6, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lelaki dayus?

Mungkin ramai tak tau, apa kata saya ceritakan dari Facebook Informasi Malaysia Kini

Ciri-Ciri Lelaki Dayus

Ciri-Ciri Lelaki Dayus

Inilah dia, ciri-ciri seorang LELAKI DAYUS:-

Nabi SAW bersabda:
Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS” – Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278.

Dalam sebuah hadith lain pula:
Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa serta suami dan si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” – Riwayat Ahmad

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda menarik mereka ke neraka atas sebab dayus, yang tiada ruang untuknya ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa dihina oleh ‘bisikan syaitan’ atau bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

“Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka tergolong ia adalah mati syahid” – Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout

SEMOGA BERMANFAAT
SILA SHARE UNTUK PERINGATAN BERSAMA

2 thoughts on “Ciri-ciri Lelaki Dayus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *