Cukupkah 1 Kotak?

By | Februari 4, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Melihat kepada kisah mengenai Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBBYEOS2014 semalam, yeop buat keputusan nak buat kad bisnes juga.

khairilmazri

Hari ini yeop pergi tempah kad bisnes juga, di GrikTown bersebelahan dengan Klinik Venka dan Gemilang Cake House. Sebenarnya yeop memang tak pandai buat kad bisnes. Elok pergi tanya kat sini boleh design, mereka kata boleh sangat.

Akhirnya yeop buatlah satu kotak, bersamaan 100 keping. Mereka kata paling lewat 7 hari siap. Yeop kata bolehlah. Di kedai tu boleh bayar deposit ikut suka kita nak bayar. Contohnya, kalau kad bisnes depan belakang hanya RM30 sekotak, yeop hanya deposit RM10. Selebihnya yeop bayar bila dah siap. Yeop kata dekat mereka, yeop nak kad warna merah hati tulisan putih sebab yeop rasa sesuai seperti blog yeop sekarang ni.

kadbisnes

Ini kertas yang kena bawa bila dah siap kad bisnes. Takpelah, yeop anggap sebagai percubaan pertama yeop tempah kad. Insya-Allah yeop buat versi lain yang lebih elok. Tapi persoalan yang yeop timbul selepas tempah. Cukupkah 100 keping? Seperti yeop cakap tadi, yeop sendiri tak pandai nak jangka. Tapi takpelah, yeop buat lain pula kalau tak cukup.

Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.

Rasa-rasa cukup tak? Kalau tak cukup, bagi cadangan nak buat berapa? Mungkin cadangan kome akan yeop ikut nanti.

Nota: Ada seorang sahabat kata kat yeop, buat kad bisnes untuk buat bisnes ke? Yeop kata mungkin… Yeop rasa otak dia dah memikir pasal bisnes dia ni.

Nota 2: Dah daftar #SBB2014? Klik di gambar kanan sidebar atau bawah dan kita together-gather!

Nota 3: Dah undi untuk #MSMW2014? Mari undi di sini ye 🙂

16 thoughts on “Cukupkah 1 Kotak?

  1. KiD

    yeop!!! mane cukup miker punyer kad 100 kepin aje.. aweks2 datang 250++.. haaaa.. kena nambah ler gaye nyer yeop.. hehehe

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *