Daftar Rumah Mampu Milik SelangorKu

By | November 23, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Print

Alhamdulillah, sedikit sebanyak yeop nak cakap syukur kerana yeop masih panjang umur.

Bukan berniat untuk mempromosikan sesuatu benda, cuma yeop hanya berkongsi apa yang yeop pernah buat.

Okey, malas nak cakap panjang.

Jika anda warga Selangor yang masih menyewa rumah, dengan gaji anda tidak melebihi RM3,000 digalakkan mendaftar di Rumah Selangorku.

Latar Belakang

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna‘. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik dikenali sebagai Rumah Selangorku.

Syarat-Syarat Pendaftaran

syarat-rumah-selangorku


NOTIS_RUMAH_SELANGORKU_1NOTIS_RUMAH_SELANGORKU_2
Bagaimana untuk mendaftar?

PENDAFTARAN RUMAH SELANGORKU DAN KEDAI / INDUSTRI MAMPU MILIK SECARA ATAS TALIAN

1. Permohonan Rumah Selangorku dan Kedai/Industri Mampu Milik 

BORANG-BORANG PERMOHONAN BOLEH DI MUAT TURUN:

1. Borang Permohonan Pendaftaran Rumah SelangorKu Jenis A

2. Borang Permohonan Kebenaran PindahMilik Rumah Kos Rendah

3.Borang Permohonan Kebenaran PindahMilik Kedai Kos Rendah

4. Borang pengemaskinian maklumat Rumah Selangorku

Sila ambil perhatian semua Pendaftaran Permohonan Rumah SelangorKu perlu dibuat secara atas talian bermula pada 1/1/2015 di alamat berikut ehartanah.lphs.gov.my walaubagaimanapun bagi memenuhi permintaan kumpulan sasar, hanya Pendaftaran Permohonan Rumah SelangorKu Jenis A sahaja masih dibenarkan untuk dihantar secara manual dengan memuat turun borang tersebut.

Borang tersebut hendaklah dihantar SENDIRI oleh pemohon di Pejabat Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (Kaunter Bahagian Perumahan, Podium Selatan) yang beralamat seperti berikut:

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor
Bahagian Perumahan,
Tingkat 5, Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut, layari lphs.selangor.gov.my atau ehartanah.lphs.gov.my/lphs sahaja.

Untuk mendaftar secara talian pula, pergi mendaftarkan diri di ehartanah.lphs.gov.my/lphs dan sediakan apa yang mereka perlu untuk melancarkan lagi pendaftaran Rumah SelangorKu. Manual penggunaannya di ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_manual.

Semoga dengan perkongsian ini, anda tidak mengeluh dengan rumah sewa yang sentiasa naik, sekurang-kurangnya kita mempunyai rumah sendiri. Bagus kan?

Ia hanya di Selangor sahaja, tetapi jika anda berasal dari negeri lain tetapi bekerja di sini digalakkan membeli rumah.

4 thoughts on “Daftar Rumah Mampu Milik SelangorKu

  1. Mohamad ashraf bin anuar

    Tidak dpt log masuk wab..
    Kenape ye???

    Reply
  2. Norizan

    Bagi suami@isteri tidk mmpu beli rmh…adakah negeri Selangor bntu bg org tdk mmpu milik rmh pertama…tanah takde apatah duit lg la tkde…bermautatin dinegeri Selangor dkt 11 tahun…

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *