Agama Info Informasi Kesihatan

Dah Terang-Terang Merokok Tu Haram.. Pegi Makruhkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Merokok, satu sikap yang mementingkan diri sendiri mengakibatkan pelbagai masalah yang selalu timbul.

Merokok juga boleh mendapat penyakit yang selalu kita tahu, iaitu paru-paru dan hati.

Fatwa telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan merokok di kalangan orang Islam adalah HARAM.

Merujuk pada link di sini, anda boleh membacanya sedikit di bawah.

*****

HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT

Hukumnya adalah HARAM : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu :

Firman Allah Taala :

Ertinya : Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.

Firman Allah Taala :

Maksudnya : Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Prof Dr. Ahmad Shaalibi dalam bukunya bertajuk :

“Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam” ada menyebutkan” mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.

Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan “Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya ”

*****

Tapi kebanyakkannya mereka yang merokok tak ambil kisah, asalkan dapat melepaskan nafsu dia dah cukup.

Tapi kepada orang lain, termasuk isteri dan anak-anak bagaimana pula?

Merujuk pula pada Info Sihat, beberapa kesan secara langsung atau tidak langsung kepada mereka yang berdekatan.

Sedikit bacaan untuk anda.

*****

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.

Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

*****

Jadi, apa kata anda mengenai semua benda ni? Takkan nak pergi makruhkan apa yang anda buat?

Ingat, anda bukan hidup sorang-sorang. Anda ada orang lain di sekeliling anda.

Kepada mereka yang beragama Islam, tak rasa malu ke? Tak payah menyusahkan orang lain main hembus-hembus asap rokok tu. Ingat orang sekeliling suka ke?

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *