#SembangTelco cerita Info Informasi

Mood Giler Data Tanpa Had dengan U Mobile Prabayar Giler GX30

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sepanjang yeop menggunakan data dalam telefon pintar ni, yeop belum jumpa lagi data tanpa had. Tapi bila dah jumpa memang nak beli satu.

Baru-baru ini, U mobile ada keluarkan satu pakej internet di bawah prabayarnya, Unlimited Power Prepaid dengan nama Giler GX30.

Apa yang istimewanya?

Istimewa pada Giler GX30 adalah:

  1. Kouta tanpa had ke semua laman web dan aplikasi, termasuklah Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Bigo atau Tik Tok, JOOX atau Spotify.. banyak nak senaraikan ni..
  2. Hotspot berkouta 3GB untuk berkongsi kepada rakan-rakan atau guna PC atau laptop sendiri
  3. Harganya sangat murah, RM30.00 (sifar peratus GST) untuk 30 hari! Sapa tak nak kan?

Pakej ni sesuai untuk mereka yang sengkek gila, tapi bab kouta tanpa had mesti nak jugak.

Nak lagi laju? Tiada masalah.

Turbo Booster menawarkan anda kelajuan ke tahap maksima dengan nilai RM5.00 untuk 24 jam.

Pengalaman yeop menggunakan U Mobile Prepaid Giler GX30

Yeop sendiri menggunakan U Mobile untuk kegunaan seharian, disebabkan harga sangat berpatutan dan kecewa dengan telco sedia ada.

Yeop buat keputusan untuk port-in ke U Mobile disebabkan ada pakej yang sesuai dengan gaya hidup dan harga pun murah, hanya RM30.00 saja.

Dengan harga begitu, yeop lagi suka dengan kouta tanpa had. Bukan untuk streaming lagu dan video atas talian saja, yeop guna untuk aplikasi lain seperti Facebook, Instagram dan aplikasi permainan atas talian seperti Clash of Clan.

Jom terai mana yang patut. #umobile #gx30 #iphone5c #yeopmaz

A post shared by Yeop Maz (Khairil Mazri) (@yeopmaz) on

Yeop paling banyak guna Spotify dan Joox untuk menjelajah ke seluruh negeri untuk berkaraoke dalam kereta. Nak streaming YouTube pun sedap juga, kalau takde wifi kat rumah pun boleh onz.

Jimat sikit belanja yeop bulanan.

Tetapi line U Mobile sangat tidak sesuai di kawasan pedalaman, sebab coverage dia menumpang Maxis.

Suka nak bagitau, kelajuan data ni terhad kepada 3Mbps je. Kalau terbabas tu biasanya buat Speedtest. Hahaha

Nak beli tu kat mana?

Nak beli simkad U Mobile Prepaid, belambak jual kat 7 Eleven, 99 Speedmart, Tesco, Giant, kedai henset, Kedai konsep U Mobile pun ada.

Tapi dah malas sangat nak beli kat kedai, on-line je di sini.

Nak kekalkan nombor sedia ada pun boleh. Beli simkad U Mobile Prepaid lepas tu isi borang di sini. Ataupun pergi ke mana-mana kedai konsep U Mobile terdekat anda.

Nak tau lebih pasal Giler GX30, layari ke www.u.com.my/gilerunlimited

Penafian : Penulisan ini tidak dibayar.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

4 Replies to “Mood Giler Data Tanpa Had dengan U Mobile Prabayar Giler GX30

  1. Memang best tang unlimited kuota tu. Bab speed ada sikit kureng. Saya dok tengah bandar KL pun browsing masih cam siput. Banyak kali pm umobile kat fb dia, tak ada jawapan dan action pun. Sedeyy..

    1. biasalah bila dok bandar.. yeop terkesan juga dengan browsing siput sedut.

      tapi nak bandingkan dengan YES 4G, U mobile lagi stabil.

      yeop dah mencuba pelbagai line telco, takde satu pun boleh lawan dia.

  2. Line umobile di kawasan yeop 4g yer?
    Pernah cuba tak di kawasan umobile 3g jer boleh online dengan mudah atau tidak?

    Berkenan juga nak try umobile ni tapi kawasan Mentakab ini cek coverage 3g sahaja….sedih…

    1. Yeop pakai 3G pun bleh layan. Kat tempat yeop memang 4G penuh, sepanjang streaming lagu lalu kawasan bandar pun takde masalah line.

      Cuma kawasan kampung dan pedalaman je agak tidak memuaskan hati.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *