Daun Betik Penawar Sampingan Demam Denggi

By | Februari 23, 2015

Sumber dari Facebook Jabatan Pertanian Malaysia

Tahukah anda jus daun betik dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menbuat kajian klinikal dan telah membuktikan bahawa jus daun betik boleh digunakan sebagai rawatan sampingan bagi pesakit demam denggi terutamanya bagi meningkatkan kandungan platelet.

Memandangkan peningkatan kes demam denggi kebelakangan ini terus meningkat dan membimbangkan, cara rawatan sampingan menggunakan jus daun betik adalah salah satu cara yang boleh digunakan oleh pesakit demam denggi sebagai alternatif.

Cara untuk membuat jus adalah seperti berikut:

– Ambil 2 helai daun betik yang matang dan buang tangkai daun,┬ábasuh daun dengan air bersih yang mengalir
– Rendamkan dalam bekas berisi air untuk 15 minit
– Bilas daun dengan air bersih sekali lagi
– Tos/keringkan daun untuk menyinkirkan air bilasan
– Potong daun hingga menjadi kepingan kecil
– Kisar atau tumbuk kepingan daun tanpa menambah air sehingga halus
– Tapis untuk asingkan jusnya
– 2 helai daun betik dapat menghasilkan sebanyak 30ml atau 2 sudu besar
– Tuangkan jus ke dalam sudu besar
– Minum jus daun betik sebanyak 2 sudu besar

Peringatan
– Amalkan pengambilan jus sekali sehari untuk 3 hari berturut-turut sahaja.
– Digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memberikan jus daun betik kepada kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah
– Pengambilan jus daun betik adalah rawatan sampingan dan┬áBUKAN rawatan khas untuk demam denggi.

One thought on “Daun Betik Penawar Sampingan Demam Denggi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *