Kenali Mereka: Denaihati.com (Mohd Ilham)

By | Disember 19, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama kali yeop nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca entri Kenali Mereka. Buat kali pertama dalam sejarah blog yeop ingin memperkenalkan salah seorang sahabat blogger yang yeop hormati. Tidak kira latar belakang atau di mana anda berada mesti anda ingin membaca dan mengenali beliau dengan lebih dekat.

Orang pertama yang yeop kenali adalah Tuan Denaihati atau Mohd Ilham @ Amir

tuan denaihati

Gambar Dari Hazman Fadzil

Biodata

Beliau berasal dari satu kampung kecil sekitar Segamat, Johor mula menuntut ilmu di SKKA Batu Anam dan terus menuntut di Sekolah Sains Johor Kluang juga telah menyambung pelajarannya di UKM Bangi. Beliau suka mengembara di pelusuk dunia dan baru-baru ini beliau telah menjejak kaki ke Turki bersama sahabatnya. Selain itu, beliau pernah menjejak kaki di Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, Kemboja, Hong Kong, Macau, Cina, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jordan, Palestine, German, Austria, Republik Czech, Italy, England, Perancis dan New Zealand  dan sedang merancang untuk mengembara ke Jepun, Balkan, Turki, USA dan Afrika. Penulisan mengenai penjelajahan ini telah ditulis di laman blog Denai.my yang semestinya kita ingin tahu dengan keadaan di tempat orang bukan?

Beberapa rakan beliau yang dikenali sebagai Denaihati Network (Rangkaian Denaihati) mula bergabung setelah beberapa tahun lalu dan kini mereka masih bergiat untuk blog Denaihati.com yang semakin hari semakin meletup. Antaranya adalah shakiddo.com, anarm.com, Shahril dan Eizil.com. Tidak dilupakan beliau adalah Kujie2.com, Ariffshah.comAzmanishak.com, Apesal.com dan SweetKurma.com. Masih tidak dilupakan juga adalah keluarga dan ibu bapa beliau.

Selain itu, beliau telah memperkenalkan plugin Waktu Solat untuk blogger tidak kira dari blogspot atau wordpress.org dan aplikasi Denaihati.com yang boleh didapati di Gedung Play Android dan Gedung App Apple secara percuma dengan harapan mereka boleh membaca blog beliau di mana-mana saja anda berada.

Pernah bekerja di sektor awam dan swasta dan orang kuat Arsenal, beliau telah memenangi beberapa anugerah termasuk MSMW Best blog of the year 2012, MSMW Most Creative blog 2013, MyNic Best Personal blog 2013, MSMW Best micro blog 2014 dan telah dinominasi pusingan akhir untuk anugerah DiGi Best personal blog 2013 dan MITBCA Best personal blog 2013. Anugerah ini tiada kalau tiada pembaca harian dan blogger yang menyokong beliau dari belakang.

Yeop dan Tuan Denaihati

Yeop dan Tuan Denaihati Ilham

Yeop mula berkenalan dengan beliau sejak membaca blog beliau tahun 2009 lebih kurang, masa tu beliau mendapat tajaan dari Komputer Toshiba. Jarang komen dan pernah guna plugin Waktu Solat di blogspot yeop beberapa bulan saja. Kemudian selepas yeop buka akaun baru Facebook, yeop mula bergiat dalam grup Denaihati Network dengan ligat sehingga yeop mula menonjolkan diri buat kali pertama di Sepetang Bersama Blogger 2014 di Saloma Bistro Kuala Lumpur. Masa tu jugak yeop berjumpa dengan Tuan Denaihati buat kali pertama juga. Banyak perkara yang yeop perhati dengan beliau, terutama dengan komitmen dengan blog dan saham selain dengan melancong ke negara orang. Sebenarnya apa yang beliau buat adalah sumber inspirasi yang yeop wajib ikut. Sehingga kini yeop masih mengikuti beliau di Facebook dan blognya.

Pandangan Yeop

Pada pandangan yeop pada sedikit sebanyak dengan beliau, beliau suka memberi apa yang dia inginkan. Dalam blog Denaihati dengan tagline “Hidupkan Untuk Memberi” beliau lebih suka berkongsi idea dan maklumat kepada pembacanya sehingga ramai yang mengikuti dan mengomen entri beliau, selain itu beliau tidak sombong dengan rakan blogger. Semestinya beliau adalah peminat Apple. Seperti kita tahu, harga iPhone 6 hanya minimum RM2k untuk model berisi 16 GigaBite dan kita pun sedar kita tak mampu memilikinya. Dalam Cabaran iPhone 5s dahulu beliau telah menawarkan iPhone 5s pujaan hati jiwa nyawa anda, seperti yeop jugak. Jadi bukan mudah cabaran ini dengan nilai dan masa yang anda perlu ambil. Jika anda pemenangnya semestinya anda jadi seperti yeop. Teruja!

Penutup

Yeop harap yeop akan berjumpa lagi dengan beliau pada masa akan datang. Beliau adalah sumber inspirasi yeop untuk bergiat lebih dalam penulisan blog pada masa akan datang. Yeop ingin mengikuti caranya dan insya-Allah yeop akan menjadi popular seperti beliau dan membuka empayar yeop sendiri sehingga akhir hayat yeop.

Okey, sekian saja entri panjang lebar pada hari ini. Lain hari pula yeop cerita kepada anda tentang seorang blogger yang yeop dah kenali sangat lama.

Wassalam.

11 thoughts on “Kenali Mereka: Denaihati.com (Mohd Ilham)

  1. ieta mat saad

    Tn. Hj. Amir ni mmg hebat…akak pun kagum dgn beliau. Mmg beliau tak sombong. Mmg beliau juga sumber inspirasi akak juga Yeop 🙂

    Yeop akak nk letak blog Yeop ke dlm bloglist akak ya

    Reply
  2. deq noor

    Beliau memang seorang yang boleh dicontohi. Seperti apa yang selalu dipesan, apa yang kita lakukan tidak kira ketika berblog, niat itu harus betul. Moga kita berjaya dunia akhirat insyaAllah… 🙂

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      Betul tu. Lagipun yeop inginkan menjadi beliau, mudah-mudahan berjaya dalam kehidupan yeop insyaAllah.

      Reply
  3. deq noor

    Beliau memang seorang yang harus dipuji dan dicontohi.. Seperti yang selalu dipesan, apa yang kita lakukan tidak kira ketika berblog, niat itu harus betul. Moga kita berjaya dunia akhirat insyaAllah.. 🙂

    Reply
  4. ikhwan

    insan hebat ini bermula dengan blog, kemudian berjaya menghimpunkan ramai jaringan blogger.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *