Di Mana Asalnya Nasi Lemak?

By | September 10, 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi-pagi mesti cari nasi lemak kan… Lapar tetiba. Jadi, time kita makan nie, tau ke asal usulnya? haaaa

Di bawah ini ada penerangannya 🙂

lemak

Asal Usul Nasi Lemak

a. Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

b. Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan nasi lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka yang membanting keringat.

c. Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja.

d. Menurut pakar pemakanan, nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemak.

10 thoughts on “Di Mana Asalnya Nasi Lemak?

  1. Strider

    selaku peminat setia nasi lemak sy sendiri tak tahu yang asal usul nasi lemak nie dulu dibekalkan untuk2 pesawah2…thanks for the info bro

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  2. Mohd Shubhi

    Ramai kata tak sihat tapi ramai bedal semacam ja…selalu breakfast dgn nasi lemak selepas jogging setiap pagi…

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      sebenarnya kita ada banyak pilihan. nak nasi lemak dgn penuh lemak atau nasi lemak dgn kurang lemak. haaaa

      Reply
  3. Bahrain

    rupanya untuk pekebun..thanks for sharing..nasi lemak memang paling sedap..

    Reply
  4. titan

    memang tak sihat kalau makan selalu..tapi..dah gua suka.. gua hadap ajelah. haha..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *