Di Mana Silapnya?

By | September 3, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pondok-Telefon-2

Yeop pernah menggunakan pondok telefon sebegini sejak sekolah rendah dan digunakan lagi sehingga tamat persekolahan. Biasanya yeop pakai untuk telefon mak ayah yeop dan bakal mak mertua yeop *ehem*

hahahaha lawak je.

Tapi sejak yeop tinggalkan pondok ini, yeop dah pakai telefon pintar dan telefon biasa. Lebih mudah dan senang tanpa mengejar pondok telefon lagi.

Tapi…

Vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan kerosakan yang sangat teruk terhadap pondok ini.

Pondok-Telefon-3

Lihatlah, dengan pondok yang kotor dan rosak, ganggang tiada. Mujurlah kotak syiling tidak dipecahkan.

Pondok-Telefon-5

Penuh dengan tampalan iklan haram. Hmmm…

Pondok-Telefon-4

Entahlah, yeop masih terkilan dengan pondok ini, seolah-olah tiada sapa menjaganya termasuklah pihak Telekom Malaysia sendiri. Yelah, mana ada siapa nak menggunakannya.

Jika ada, mesti dirosakkan sebegini.

Pondok-Telefon

Agaknya, pada masa depan mesti generasi akan datang tak mengenali pondok ini.

Persoalannya, di mana silapnya?

4 thoughts on “Di Mana Silapnya?

  1. aimannajmy

    minda kita rakyat malaysia belum lagi tahap kelas pertama… itu penting lagi ramai orang berpendidikan lagi bagus nak develop minda 1st kelas ni

    Reply
  2. Noriza Rahman

    Mentaliti rakyatdi negara kita ni sukar nak mendidik dari melakukan vandalisma kan…suka nak merosakkan harta benda walaupun sebenarnya dia tak guna pun barang tu..

    Reply
  3. Hannah aziz

    Uish telefon ni mmg berguna dulu2. Nak2 time ddk asrama berderet org beratur nk guna. Skrg ni dah ramai yg pakai tekefon pintar, orang dah tak peduli kan dia dah.

    P/s: teringat dulu orang ajar nak kenal no public, tengok 2 nombor diblkg. Kalau jumlah 11 tu mkdd public la tu.. hehe

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *