Dilema Pengundi Atas Pagar : PRU-14

By | April 9, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Penafian : Penulisan ini datang dari hati yeop, tidak memihak kepada mana-mana parti yang memerintah, kerana yeop hanya Pengundi Atas Pagar.

Kali pertama yeop mendaftar sebagai pengundi Malaysia, yeop mengharapkan sesuatu yang bakal berubah, iaitu Negara Malaysia.

Sejak kecil lagi, yeop tidak didedahkan dengan parti yang memerintah. Ya, waktu itu mana ada cerita pasal orang saman tu, orang saman ini; Hang kutuk sana, hang kutuk sini.

Apa yang yeop tahu, Negara Malaysia pada masa itu maju ke hadapan.

Dulu yeop berangan-angan pergi ke Kuala Lumpur, kini yeop dah mencapai impian yeop. Itupun hasil dari parti memerintah waktu dahulu.

Okey, yeop bukan suka cerita macam ni.

Apa yang yeop cerita adalah..

Kenapa?

Masing-masing ada peranannya tersendiri, tak kiralah dari pihak Parti Kerajaan atau Pembangkang. Parti Pemerintah di negara Malaysia (secara umum) mempunyai perancangan yang sangat rapi untuk merealisasikan impian jadikan Malaysia setaraf dengan negara maju.

Kadang-kadang kita yang suka “tunggu dan lihat” dengan perkembangan ini mengharapkan mereka yang akan merealisasikan impian rakyat secara keseluruhan.

Tapi biasanya dengan krisis negara termasuklah cukai segala cukai termasuklah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam enam persen (6%) untuk semua pembelian termasuklah makanan keperluan asas di kedai runcit dan cukai eksais untuk kenderaan dan perkhidmatan lain. Ya, rakyat tak pernah minta perkara ini berlaku, tetapi tetap berlaku juga bermula 1 April 2015 (bayangkan, hari Jenaka April pun dia balun).

Selain itu, terlalu banyak rasuah yang berlaku di kalangan orang atasan dan pertengahan dalam agensi kerajaan sehinggalah menteri berkenaan “tidak tahu” mana datang duitnya.

Sama juga dengan Perdana Menteri yang “tiba-tiba” ada duit RM2.6 bilion dalam akaun bank.

Tidak lupa juga dengan Ketua Menteri yang mempunyai “skandal” beli rumah banglo murah dan terowong bawah tanah. Sedangkan kita pun tak nampak apa yang mereka buat kat sana.

Ada juga satu negeri yang diterajui Pak Lebai mempunyai “skandal” balak di Sempadan Thailand.

Tak lupa dengan “krisis air” di negeri termaju di Malaysia. Terlalu popular sehingga slot negeri itu sering masuk tiap-tiap hari dalam drama jam lapan. Drama angkat air oleh pakcik tua dan budak-budak sekolah rendah ditayangkan kepada umum, tanpa blurkan muka mereka.

Dalam Malaysia ini, ada dua negeri yang diberi perhatian oleh media dalam negeri, sedangkan negara luar ada juga skandal Wan Em Di Be (yang telah diwartakan sebagai Akta Rahsia Rasmi) tetapi tiada tindakan dari pihak berkenaan di luar negara, tapi rakyat Malaysia jadi mangsa keadaan.

Kemudian pula, terlalu banyak ahli parti politik yang jadi sampah masyarakat dan tiba-tiba jadi gangster kononnya nak tegakkan keadilan, memihak kepada kerajaan. Tetapi di belakang rakyat, mereka minum kopi dangdut di kelab malam.

Okey, nampak sangat luahan dari Pengundi Atas Pagar kan? Ingat orang macam yeop ni main pendam macam gitu je?

Yeop adalah rakyat Malaysia, bukan rakyat Thailand, bukan rakyat Indonesia. Yeop fasih berbahasa Malaysia tetapi tidak fasih berbahasa Inggeris. Menulis pun dalam Bahasa Malaysia, bukan sorang menteri tu..

Ada orang kata, tolonglah tetapkan pendirian anda untuk memilih parti. Tapi, yeop risau yeop salah pilih calon parti mereka, biasalah orang paling dekat dengan kita mesti bercakap dengan kepalsuan yang nyata.

Jadi, apa yang yeop pilih sebenarnya?

Sebenarnya, yeop memilih ahli yang kuat bekerja, sanggup buat apa saja untuk rakyat, tidak dengar orang dalam kata, beri kemudahan yang setaraf dengan negara maju lakukan, tidak berlaku kejutan dengan harga yang tidak masuk akal, kos sara hidup dikurangkan dengan belanja yang sangat sedikit, yang pastinya memilih ahli yang berada di kalangan rakyat Malaysia sendiri, bukan ahli politik dan geng-gengnya.

Pengundi atas pagar ni agak pelik permintaannya. Bukan apa, dia tak suka sangat berpolitik 24 jam 7 hari seminggu, dia ada kehidupannya sendiri, bukan pentingkan parti semata-mata, cari makan untuk isteri dan anak-anak, bukan untuk ahli politik yang dipuja-puja.

Dia lebih sukakan cari rezeki untuk diri dia, isteri dan anak-anaknya. Sebab itu pengundi atas pagar tidak akan sesekali masuk mana-mana parti supaya tidak berlaku perselisihan faham antara satu sama lain.

Pengundi atas pagar penonton ahli politik Malaysia

Ya, yeop akui yeop adalah pengundi atas pagar. Sejak kali pertama yeop mengundi pada tahun 2013, yeop banyak menonton drama-drama yang menyakitkan hati dengan pengawalan media massa di televisyen dan internet. Yeop dulu suka baca blog politik kedua-dua pihak. Tapi sejak GST dimulakan, yeop terus berhenti membaca blog mereka.

Yeop suka menonton drama-drama dari mereka, sedap dibaca woo. Tapi paling menyakitkan hati apabila banyak auta keluar dari fakta. Sebab itulah yeop tidak lagi menonton televisyen, sanggup tengok kartun Power Rangers dan Spongebob Squarepants seharian dari menonton drama politik yang tidak berkesudahan.

Coretan khas dari Pengundi Atas Pagar kepada Pemimpin

Yeop terjumpa satu status mengenai yeop sebagai pengundi atas pagar. Jadi baca-bacalah.

 

Kalau dah malas sangat baca, yeop salin-tampal dari status Al-Irfan Jani.

Kami Pengundi Atas Pagar,
Walau kami Non-Partisan,
bukan bererti kami ini IGNORANT.

Kami juga Pengundi.
Cuma kami konfius nak pilih apa.
Janganlah bising-bising pada kami.

Kami cuma mahu makan!
Tapi, kamu desak kami pilih untuk MAKAN A.
Yang satu lagi suruh kami pilih untuk MAKAN B.

Kami peduli apa,
pilih apa pun, kami masih dapat makan.
TAPI,
DI MANA KHASIATNYA?

Janji macam-macam khasiat, tapi MISLEADING. Tak tahu pulak untuk dapatkan Zat XYZ kena buat itu dan ini.

Kami pengundi atas pagar,
ada banyak impian kami.

1) Kami pengundi atas pagar, kalau boleh….
Kami nak vote supaya Malaysia sesekali belajar jadi Negara Republic.

Tapi, kami takut TANGAN yang ambil alih tugas Sultan/Raja akan disalah guna. Tak pasal-pasal PM guna kuasa tentera sesuka hati dia.

Tak logik kan, Malaysia boleh jadi Republic? Maka, kami pun konfius.

2) Kami pengundi atas pagar, kalau boleh….
Kami nak vote supaya siapa pun PM yang dapat mandat lepas ni, supaya dia automatik gugur semua jawatan PARTI.

Pebendanya urus negara tapi masih bias/prejudis pada keputusan parti, kan? Patutnya kehendak RAKYAT lah kena lebih atas dari kehendak PARTI.

Hakikatnya, tak logik kan? Maka, kami pun konfius.

3) Kami pengundi atas pagar, kalau boleh….
Kami taknak vote apa-apa parti atau calon pun. Kami nak sistem giliran Parti Pemerintah.

Penggal ni Parti A buat kerja. Penggal depan Parti B sambung/tambah kerja. Ulang-balik.

Logik ke? Tak logik, kan? Sebab setiap keputusan, masih terselit agenda/motif peribadi, kan? Maka, kami pun konfius.

4) Kami pengundi atas pagar, kalau boleh….
Kami nak vote PILIH calon-calon Menteri terbaik dari dari kalangan rakyat marhein. BUKAN DARI PARTI, atau Clan PM yang dia kenali.

Konon-konon, macam negara Kanada nu, petani berpelajaran tinggi pun boleh jadi menteri. Jadi, tak adalah motif kepartian masa kendalikan projek Mega. Gitew…

Terlalu idealis (bermimpi) kami ni kan? Tak logik. Maka, kami pun konfius.

5) Kami pengundi atas pagar, kalau boleh….
Kami nak vote, supaya dapat FLUSH semua menteri dan YB setiap tahun. Pecat semua. Lepas tu lantik baru. Start from scratch.

Ni entah pebenda entah, muka-muka yang tiris ni jugak, tetiba dapat pegang FELDA, keluar TNB, masuk MARA, lepastu singgah RISDA, jejak sat ke Tabung Haji, join KWSP kejap, weh pebenda semua ni? Kalau jejak sekejap tak usik duit tu tak boleh ka?

Kasi CUCI lah semua. Buang sampai habis. Ni kejap-kejap hilang, lepas tu muncul, curi sikit sini, curi sana sikit.

Tak logik, kan, kalau kita boleh FLUSH and Restart balik semua? Sebab tu, kami konfius nak pilih apa.

6) Kami pengundi atas pagar, kalau boleh….
Kami nak vote, supaya di Parlimen nanti, tak ada dah Pembangkang, atau Kerajaan. Itu cuma dua pihak. Tapi, kami nak adakan 4 pihak, atau 5.

Tiada lagi sindiran begini di Parlimen, “Eh, kau kan pembangkang, awat dalam Parlimen hang pi sokong usul kerajaan?” <<< Serius bodo gila ayat ni.

Kau sokong/bantah idea kerana ‘kepala’ kau suruh ke? Ni siapa ‘kepala’ ni? Rakyat ke, atau Ketua Kerajaan/Pembangkang?

Nampak macam kita ni bodoh politik, kan? Tak logik untuk sistem demokrasi kita.

Dah YB-YB pun buat keputusan macam cucuk hidung. Kena sokong usul kalau Parti sekutu yang cadang. Apa tak boleh ke sokong mana-mana usul yang baik, tanpa PREJUDIS KEPARTIAN?

Tak logik, kan? Maka kami pun konfius.

6) Kami pengundi atas pagar, kalau boleh….
Kami nak vote, setiap negeri tak payah bersatu dalam satu perlembagaan negara, jadi kuranglah DRAMA dalam Parlimen tanahair ni ha. Biar semua negeri jadi negara. Baru padan dengan muka sendiri, hari-hari pergi kerja kena hulur passport.

Nasib baik imaginasi.

7) Mana-mana parti, kalian jangan tuduh kami Pengundi Atas Pagar ni yang bukan-bukan. Undi Rosak lah. “Duit ambik, tapi pangkah kelain.” Macam-macam eh kau sindir.

Kalian kena ingat.
Kami mahu buat pilihan, tapi kami takut terpilih orang yang KHIANAT.

– Kami dah penat undi KERANA PARTI, tiba-tiba kalian ambil kesempatan dan “Lompat Katak” Beramai-ramai. Kami konfius.

– Kami dah penat undi KERANA CALON, tapi akhirnya kecewa, lepas menang beliau ponteng dewan, atau wajahnya muncul sepenggal sekali di tempat kita. Kami konfius.

– Kami dah penat undi KERANA IDEOLOGI, tapi entah kenapa, pejam celik, lepas menang haritu, semua prinsip korang tu hilang entah ke mana. Pui. Kami konfius.

– Kami dah penat undi KERANA MOTIF/MISI, sebab haritu bergaduh, tiba-tiba berbaik. Yang baik, tiba-tiba bergaduh pulak? Pandai pulak guna ayat, “That’s the beauty of democracy.” Tapi time berbaiklah ayat tu muncul. Masa gaduh, mana ayat tu? Kau yang gaduh, kami takdak masa nak layan DRAMA!!!

– Kami dah penat undi KERANA SENTIMEN, hari ni bekap anak dia, pihak satu lagi pun bekap anak dia juga. Padahal, dua-dua pihak ni fight ANTI-NEPOTISME/KRONISME. Kami konfius, kau mengata siapa ni?

– Kami pengundi atas Pagar, tak pernah kisah pun apa kebenda manifesto yang kalian bentang semua tu. Boring. Sebab cara dia sebut ayat tawaran tu, dan cara orang sambut offer tu, macamlah kami ni rakyat pemintak sedekah. Rakyat nak kena bersorak ke? Ni siapa yang ‘majikan’ ni? Siapa yang serve siapa? Rakyat ke, menteri?

– Kami pengundi atas Pagar, bukan semuanya penyumbang pada Undi Rosak. Kalau setakat nak undi rosak, baik kami dok rumah, layan tido. Panas kot dok beratur. Padahal, kami konfius. Pilihan kami bukan setakat berubah di meja SPR je, malah, sekarang ni pun SETIAP 5 MINIT boleh berubah.

Masa beratur, nak pangkah A. Sampai kat meja, nak pangkah B. Bila memangkah, konfius lagi, “Eh, tak jadilah pangkah ni.”

Konfius datang, dari HOW ANNOYED your campaigns were interrupting us.

Belum bubar Parlimen pun kau dah start kempen. Sampai depan pintu mengundi pun kau sempat lagi promosi.

Pening tau dak. Pening.

********
Dari mana kata-kata Pujangga yang kalian selalu petik tu? “Fool leaders chosen by fool followers?”

Ewah, kau.
Sikit-sikit, semua salah pengundi. Senang kerja kau kan.

Padahal, yang dapat amanah tu sebenarnya pengkhianat, tak pasal-pasal pengundi semua yang salah.

Kami pengundi atas pagar, hakikatnya bagaikan Nabi Yunus di dalam perut Nun. Pandangan kami gelap, dalam perut yang gelap, di bawah dunia yang gelap. Tiga kali ganda ‘gelap’ tu.

Doa saja senjata kami. Nak undi apa pun, gelap. Tak nampak apa.

Kami cuma mampu berdoa, Allah ampunkan dosa kami jika tersalah pilih, dan hantarkan pelajaran pada yang KHIANAT.

Mana-mana pemimpin yang korup, kau tunggu, semoga Allah balas nanti dunia akhirat.

*******

CADANGAN AKU UNTUK PRU KALI INI,
khusus untuk pengundi atas pagar.

Aku cadang, penggal PRU kali ini,
kita FOKUS UBAH NEGERI.

Abaikan sekejap siapa yang akan menang di peringkat Persekutuan.

Abaikan sekejap siapa yang akan menang di peringkat Kawasan anda.

Kali ni, kita fokus pada NEGERI saja. Apa saja parti, asalkan parti yang menang dominan seluruh Negeri berubah.

‘Sekejap’ je masa 5 tahun tu. Bunyi macam sinis. Tapi, begitulah ‘sekejapnya’ wajah-wajah YB kawasan kita muncul di depan mata.

Mana yang penyokong parti Fanatik tu, jangan nak bising-bising dengan pilihan kami YANG TAK BERASAS ini.

Kami terlalu sibuk dengan kehidupan sesuap nasi kami, sampai tak ada masa nak jadi DIE HARD FAN macam awak.

Kali ini, kita kasi ‘chan’ supaya ‘wajah’ NEGERI saja yang berubah kali ini.

Mana-mana parti jangan nak berlagak pula jika pengundi ‘atas pagar’ ni nanti akhirnya memilih kalian.

Untuk negeri yang bersultan/beraja, tak perlu risau, sebab parti apa pun yang perintah, Sultan/Raja tidak terusik pun.

Kalau ada Sultan/Raja yang rasa ‘terusik’ kerana bertukarnya Parti Pemerintah Negeri…
ehem…
Weh, korang ingat, kita ni ‘buta’ ke
untuk bezakan
Antara motif negara,
ATAU agenda peribadi?

Al Irfan Jani
Seorang yang tidak bijak berpolitik, tapi bila melihat yang bijak pun 2 x 5

KAMI PENGUNDI ATAS PAGAR,
TAPI KAMI BUKAN IGNORANT.

Renung-renungkan dan terima kasih kerana membaca.

p/s : Yeop undi Kak Limah jelah.. Susah sangat ke?

2 thoughts on “Dilema Pengundi Atas Pagar : PRU-14

  1. Alisia

    Siapa parti yang tidak ambil rasuah dan berusaha utk binakan negara ini akan aku sokong dan undi untuk dia.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *