Enak Rasa dan Hype Motosports Hotel Lancar Pakej Eksklusif Marhain

By | Oktober 17, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini yeop dijemput menghadiri majlis perkahwinan yang dianjurkan oleh Enak Rasa.

Nampak pelik kan, tapi bukanlah. Yeop datang untuk review katering yang disediakan oleh Enak Rasa di Hype Motosports Hotel, Seri Kembangan Selangor.

Dahulu dikenali sebagai Nouvelle Hotel, baru tahun ini mereka dijenamakan sebagai Hype Motosports Hotel yang berfokuskan kepada penginapan bertema sukan motosports.

Ia hotel bertaraf tiga bintang, mereka mempunyai tiga dewan yang serba cantik dan mewah, kedudukannya sangat strategik yang membuatkan hotel ini sangat sesuai dengan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis korporat ataupun majlis tertutup.

Parkir pula memuatkan hampir lima ratus kenderaan, dewan yang disediakan memuatkan hampir lima ratus tetamu pada satu masa. Ia juga dilengkapi dengan sistema audio visual dan sistem projektor.

Opss, bukan itu yang yeop ceritakan.

Pakej Perkahwinan Eksklusif oleh Enak Rasa

Enak Rasa melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat istimewa, Pakej Eksklusif bernilai RM29,000 sahaja. Pakej berkonsepkan pakej eksklusif marhain merupakan pakej elegan tetapi disediakan untuk mereka yang menginginkan majlis di hotel dengan harga yang berpatutan.

Pakej itu juga menyediakan tempat yang indah dan elegan, selain merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Lebih menarik, mereka mengadakan promosi kepada lima pelanggan terawal akan menikmati penjimatan sehingga RM4,000 jika anda menempah dengan mereka dan layak menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di pusat-pusat peranginan di Malaysia dan luar negara.

Basmathi Beriyani dan Nasi Liwet Sajian Utama Enak Rasa

Mereka memperkenalkan menu istimewa yang dicipta khas untuk majlis pelancaran tersebut, iaitu Basmathi Beriyani dan Nasi Liwet. Selain itu, sajian Malaysia dan menu masakan Sunda yang memberi sedikit kelainan kepada pengunjung yang hadir. Pelanggan boleh memilih beberapa pilihan menu untuk disajikan untuk majlis bersejarah mereka seperti ayam masak serai, daging dendeng, dalca sayur dan pelbagai lagi.

Dengan berpengalaman lebih 11 tahun dalam bidang katering, Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik untuk semua pelanggan.

Enak Rasa juga menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain bagi menjalankan majlis walimah. Anda boleh pilih dewan seperti :

  1. Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya
  2. Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2
  3. Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang
  4. Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya
  5. Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa
  6. Colosseum Glenmarie
  7. Dewan Perkahwinan Banquet UIAM Gombak
  8. Rumah Tradisional FRIM
  9. Cassa Detik Ampang
  10. Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi
  11. Emerald Ballroom Selayang
  12. Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam
  13. Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam
  14. Dewan MZ Bangi

Mereka juga menerima tempahan dari dewan perkahwinan yang dipilih sendiri oleh pelanggan seperti :

  1. Dewan-dewan komuniti DBKL
  2. Dewan UKM
  3. Dewan di bawah pengurusan Perbadanan Putrajaya
  4. Wisma Sejarah Kuala Lumpur
  5. dewan-dewan sekitar Lembah Klang

Dapatkan pakej perkahwinan anda sekarang, jangan tunggu lama sangat. Tempoh promosi tamat pada 31 Disember 2018.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi mereka di bawah:

  • Cik Nurul Afini = 012-2374867
  • Tuan Haji Aidil = 016-2580734
  • Puan Hajjah Salmi = 010-2250734
  • Mohd Rusdi = 011-35579805

Anda boleh melayari laman Facebook Katering Enak Rasa, Instagram @enak_rasa atau laman web www.enakrasa.com

One thought on “Enak Rasa dan Hype Motosports Hotel Lancar Pakej Eksklusif Marhain

  1. Qiya Saad

    Berbaloi pakej ni termasuk dewan kan harga dia. Sapa yg planning nak kahwin rugi la kalau tak grab promo tu…

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *