Info Informasi Tips

Enam Senaman Mata untuk Elak Rabun Mata

Kongsi Entri Ini di

Anda yang sering menghadap skrin komputer sering mengalami sakit kepala dan pedih mata. Biasalah, benda ni terjadi bila anda membuat kerja dan menonton filem melalui skrin komputer. Akibatnya, anda akan mengalami rabun mata.

Untuk elakkan berlakunya rabun mata, tips ini perlu diikuti setiap hari.

1. Kelip mata selama 1 minit

Senaman ini membantu anda melancarkan peredaran darah.

Apa yang anda noleh lakukan ialah, pandang ke hadapan dan kelip mata sebanyak dan sepantas mana yang boleh, tanpa memberi fokus kepada apa-apa keadaan dan barang sekitar anda selama 1 minit.

Jika anda fokus dengan kelipan mata anda, hasilnya mata anda akan lebih segar dari penat menghadap cahaya komputer atau keadaan sekeliling.

Antara sebab mengapa mata anda sering kabur penglihatan dan kering, adalah kerana anda tidak kelip mata anda selalu, sebab itu kadang-kadang mata anda akan penat.

2. Gerakkan kepala

Selain daripada kelip mata selama 1 minit, anda juga boleh gerakkan kepala anda untuk melancarkan perjalanan darah anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, gerakkan kepala anda atas dan bawah, 30 saat dan kiri kanan selama 30 saat, dan anda akan lengkapkan 60 saat untuk senaman ini.

Dalam pada masa yang sama, mata anda perlu tegak ke hadapan. Hanya gerakkan kepala sahaja.

3. Gerakkan mata anda

Kalau tadi anda menggerakkan kepala anda, kini anda perlu menggerakkan mata anda sahaja.

Gerakkan atas bawah dan kiri kanan. Lakukan senaman ini selama 1 minit. Setelah habis 1 minit pejam mata anda selama beberapa saat, dan kembali bekerja.

Ini akan membantu ketegangan saraf mata anda kurang penekanan sedikit.

4. Pejam mata selama 30 saat

Pakar mata mempercayai pejamkan mata sekurang-kurangnya 30 saat boleh menguatkan photoreceptor cell yang membantu dalam penglihatan anda.

Kepentingan biologi yang besar dari photoreceptors ialah mereka menukar cahaya (radiasi elektromagnet kelihatan) menjadi isyarat yang boleh merangsang proses biologi.

Jangan serabutkan fikiran anda dengan perkara-perkara negatif. Ini untuk anda yang selalu berdepan dengan komputer tanpa jemu.

5. Urut kepala anda

Ketegangan di bahagian mata akan menyebabkan anda sakit kepala.

Jadi untuk senaman kali ini, apa kata kalau anda ambil masa beberapa saat untuk anda memicit kepala anda. Caranya picit bahagian kiri dan kanan di antara pipi dan dahi dengan jari selama 30 saat.

6. Gerakkan sambil menutup mata

Anda hanya perlu pejamkan mata dan gerakkan bebola mata atas dan bawah sebanyak 5 kali. Lakukan senaman ini selama 5-10 minit. Mudah kan?

Untuk mendapatkan pandangan mata yang bagus, anda tak perlu ke pusat rawatan. Lakukan senaman ini disamping makan makanan yang sihat. Selamat mencuba.

Dari MASKULIN

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *