Projek eQurban.com Bantu Umat Islam Seluruh Dunia

By | Jun 10, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Gambar dari AkarSejarah.wordpress.com

Qurban itu wajib kepada manusia yang mampu untuk disedekahkan kepada manusia yang tidak berkemampuan. Gambar dari AkarSejarah.wordpress.com

Ibadah qurban adalah wajib kepada umat Islam seluruh dunia menandakan kita bersyukur kepada Allah dengan rezeki yang melimpah ruah dan rahmat yang tidak terkira. Hal ini kerana setelah Allah memberikan rezeki melimpah ruah kepada umat manusia seperti hujan, rumput yang segar, binatang yang sihat dan kuat membuat umat manusia ini sendiri memberikan rezeki ini kepada golongan yang tidak berkemampuan seperti Qurban dan Akikah.

Maksud Qurban

Qurban” bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada ‘Idul Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub (perbuatan atau amalan yang dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT) pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am yang disembelih pada Hari Nahar (’Idul Adha atau Hari Raya Qurban, iaitu pada 10 Zulhijjah) dengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.

Kenapa Perlunya Qurban Kepada Umat Islam?

Ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya sabit dengan al-Quran dalam surah al-Kauthar ayat 2 dan surah al-Hajj ayat 36. Hukumnya adalah sunat yang sangat dituntut (sunat muakkadah). Ibadah ini dilakukan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap tahun apabila tibanya ‘Idul Adha, atau Hari Raya Qurban pada 10 Zulhijjah dan Hari-hari Tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Hikmah Di Sebalik Ibadah Qurban

Ibadah qurban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya yang berbagai-bagai dan juga atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun. Ia juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelakunya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan, ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan, di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.

Hukum berqurban

Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah al-Safat ayat 107. Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim. Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.

Sumber ini boleh dibaca dari e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Apa Itu e-Qurban?

Video di bawah ini adalah sedikit iklan mengenai e-Qurban di Malaysia.

 

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. (951131-U) telah ditubuhkan pada 10 Oktober 2008 untuk membantu umat Islam di negara Asean pada hari Qurban setiap tahun. Selain itu, syarikat ini juga melakukan ibadah Akikah kepada sesiapa saja yang ingin mengakikahkan kepada anak yang baru lahir. Antara lembu yang mereka sediakan adalah seperti Kemboja, Bangladesh, Kazakhstan, Filipina, Turkimenistan, Tajikistan, Kyrgzstan, Mongolia dan Thailand. Kambing pula dari negara Kemboja, Filipina dan Indonesia. Selain itu, mereka juga menyediakan pakej kembara kepada mereka yang berminat untuk ke sana.

Harga qurban dan akikah serta borang tempahan di e-Qurban.com

Harga untuk setiap bahagian lembu bagi tahun 2015 adalah RM295 satu bahagian Manakala harga untuk seekor kambing qurban adalah RM550. Borang tempahan untuk qurban boleh dilayari di equrban.com.

Untuk akikah pula, harga untuk seekor kambing adalah RM550 seekor manakala harga untuk satu bahagian lembu adalah RM295 sebahagian. Borang tempahan juga boleh dilayari di laman tersebut.

Pakej Kembara equrban.com

Pakej Kembara mempunyai 3 pakej yang menarik perhatian anda. Antaranya adalah Pelancongan Kembara Menjejak Kesan Jariah Ummat, Pelancongan Pendidikan dan Penempatan Pelajar Jangkamasa Pendek. 

Pelancongan Kembara Menjejak Kesan Jariah Ummat dengan motonya “SETIAP SEN NILAI SUMBANGAN DAN JARIAH UMMAT ADA NILAI EKONOMI DAN SOSIAL” mengajak mereka untuk beramal jariah sambil melancong ke negara Cambodia dengan aktiviti yang lain dari yang lain. Ia telah dibuka kepada sesiapa yang berminat dan ditawarkan pada harga RM1600 hingga RM1800 untuk seorang peserta.

Pelancongan Pendidikan pula disasarkan kepada warga sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) dengan program khidmat sosial luar Negara dengan tema “ DITEMPAT INI AKU INGIN MENGERTI KEHIDUPAN” akan memberi pengalaman peribadi kepada peserta untuk membina diri dan bermuhasabah.

Untuk pakej Penenpatan Pelajar Jangkamasa Pendek pula, ia menawarkan kepada ibubapa peluang untuk menghantar anak melancong sambil mengikuti “KEM MOTIVASI”. Perngalaman ini telah membuktikan dapat memberi kesan jangkamasa panjang kepada pembinaan sikap dan sahsiah anak. Tema “BERI DAN BAKTI”  – meniti realiti kehidupan telah banyak memberi menfaat kepada bebeapa keluarga yang pernah menyertainya.

 

Hubungi pihak equrban.com untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Program Wakaf equrban.com

Ada beberapa program Wakaf yang sedang diusahakan oleh pihak eQurban Resources Sdn Bhd dengan kerjasama beberapa pihak. Antaranya adalah TANAH WAQAF UNTUK PENDIDIKAN ISLAM CAMBODIAWAQAF PERIGI DAN TANDAS dan PROJEK TUK-TUK –MENGUBAH SOSIO EKONOMI UMMAT

Kesimpulan

Qurban adalah sunat kepada umat Islam yang mampu, kepada yang berniat (nazar) dan sesiapa saja yang mempunyai hajat yang besar untuk keluarganya. Jika anda inginkan hajat anda ditunaikan, pihak equrban.com sudi membantu anda.

Hubungi mereka di:

EQURBAN RESOURCES SDN. BHD.

No. 16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor

Tel : 03-5523 6092
H/P : 011-2078 1786 Whatsapp / SMS – (eQurban HQ)
H/P : 013-388 8234   (Masrukhin Marzoki)

Anda juga boleh mengisi borang di sini.

2 thoughts on “Projek eQurban.com Bantu Umat Islam Seluruh Dunia

  1. musadun

    Baca ni, dapatlah ulangkaji balik apa makna qurban. ni dah umo dah lewat 20 tapi still boleh terkonpius antara kurban, aqiqah..hehe

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *