Ford Fiesta 1988 Jadi ‘Transformer’?

By | Jun 28, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernahkah anda melihat filem ‘Transformer’ yang menyaksikan kereta Chevrolet Camaro dan kenderaan lain jadi robot hidup?

Filem tu hanyalah fantasi semata-mata, tapi kali ini yeop nak ceritakan kereta yang dibuat sendiri oleh seorang pemuda yang kini berada di India dengan menggunakan kereta Ford Fiesta 1988 kesayangannya!

Hetain Patel, pemuda yang lahir di India telah membina robot kereta bukan untuk menjadi pejuang. Kata beliau, “Ia bukan seorang pahlawan. Ia satu kereta cabuk lama.”

Kereta beliau telah dileraikan dan dicantumkan semula mengikut cerita ‘Transformers’ dan menjadi sempurna.

Kos Membina

Masa: 3 bulan
Anggaran Perbelanjaan: $16,000

Cerita ini pernah muncul di Popular Science pada Februari 2014.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *