Gambar Pembukaan Putrajaya

By | Ogos 31, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

20-tahun-Putrajaya

Pada 29 Ogos lalu genaplah 20 tahun penubuhan bandar Putrajaya. Dibuka secara rasmi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 29 Ogos 1995, bandar Purajaya kini maju ke hadapan dan di sini tempatnya Pusat Pentadbiran Malaysia dan Pusat Pelancongan Malaysia.

Sejarah
Putrajaya

 

Pada hari ini dalam tahun 1995, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir bin Mohamad telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Putrajaya di Sepang, Selangor. Sejarah pembentukan Putrajaya bermula dengan cetusan idea Dato’ Seri Dr Mahathir untuk mewujudkan Pusat Pentadbiran Kerajaan di luar Kuala Lumpur pada pertengahan 1980an. Pada 2 Jun 1993, Kabinet telah meluluskan Prang Besar di Sepang, sebagai tapak pembangunan yang strategic dan pada 22 Februari 1994, Kabinet meluluskan pelan induk pusat pentadbiran baru Kerajaan Pusat. Pada 12 Oktober 1994, nama Prang Besar ditukar kepada Putrajaya sebagai memperingati bekas Perdana Menteri Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada 20 Julai 1995, perjanjian penubuhan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor telah dimeterai. Pada 10 September 1996, Dato’ Seri Dr Mahathir telah melakukan upacara pecah tanah bagi Presint Kerajaan dan diikuti pelancaran Putrajaya sebagai sebuah bandar raya pada Oktober 1997. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya telah diisytiharkan dengan rasmi sebagai Wilayah Persekutuan yang ketiga. Sesungguhnya, pembangunan Putrajaya adalah lambang kejayaan dan kecemerlangan Malaysia dan sumber inspirasi untuk memajukan bangsa dan negara serta mewujudkan identiti masyarakat Malaysia yang berbudaya, berwibawa dan berpengetahuan selaras dengan Wawasan 2020.

Berita Penubuhan Putrajaya

 

Gambar Kenangan Pembinaan Putrajaya Sehingga Kini.

Nampaknya Pihak Perbadanan Putrajaya kekurangan gambar lama untuk dikongsi kepada semua rakyat. Alangkah ruginya.

Semoga Putrajaya maju ke hadapan beridentiti Wawasan 2020 yang dihasratkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. InsyaAllah.

6 thoughts on “Gambar Pembukaan Putrajaya

  1. Noriza Rahman

    Tak sangka dah 20 tahun pembinaan Putrajaya, bangga juga menjadi sebilangan rakyat yang menyumbangkan keringat dalam pembangunan di putrajaya…dalam kenangan ni..

    Reply
  2. Seri nian

    Kalo ikut lalamat tu kata putrajaya sepang selAngor. Kira dalm kawasan sepang la kan. Sy baru pindah sini.patut la semua mahal2 belaka. Huhuhu

    Reply
    1. Yeop Maz Post author

      betul tu, poskod bermula 62200 (lebih kurang).

      ia sempadan Dengkil dan Sepang.

      biasalah tu, hehehe

      Reply
  3. mrhanafi

    Yalah..ketiadaan gambar lama memang merugikan generasi yang akan datang

    Reply
  4. titan

    dulu pernah tengok gambar putrajaya ni, tapi dah terpadam kat laptop lama.

    leh la save semula lepas ni.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *