Google Berwajah Baru

By | September 2, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setelah 17 tahun Google ‘menyelamatkan’ manusia dari mencari maklumat melalui atas talian, mulai semalam Google telah bertukar wajah baru.

logo baru google

Kenapa Google Tukar Logo?

Mengikut sumber dari blog rasmi Google, jika sebelum ini orang ramai lebih kerap menggunakan Google menerusi komputer, sekarang ini penggunaan pencarian menerusi Google digunakan menerusi pelbagai aplikasi atau peranti yang berbeza, contohnya telefon pintar, jam tangan, tv dan sebagainya .

Jadi pengenalan logo baru Google adalah untuk memastikan ia akan sentiasa terpapar biarpun menggunakan skrin yang paling kecil. Untuk pengetahun anda, logo Google yang sebelum direka untuk pengunaan desktop.

Menerusi Logo Baru Google ini, penggunaan font untuk perkataan GOOGLE telah bertukar ke font Product Sans. Font ini kelihatan seakan-akan font yang sering digunakan untuk tulisan dalam buku kanak-kanak.

GoogleLogox2-Animated

Sumber Google turut memaklumlan penggunaan logo versi kompak, iaitu dengan paparan huruf G yang digabungkan dengan 4 warna antaranya merah, kuning, hijau dan biru.

Cantik juga font yang digunakan oleh Google untuk logo baru mereka ini, nampak lebih ringkas kan.

Di bawah ini ada video yang berkaitan evolusi Google selama 17 tahun. Layan.

 

Sumber dari NotaInfo.com

3 thoughts on “Google Berwajah Baru

  1. aimannajmy

    Sementara itu.. jauh di satu sudut.. Bing dan Yahoo masih lagi mengintai2 di balik dinding hehe

    Reply
  2. Hannah aziz

    Bagus jugak google tukar logo yang terkini tu. Simple and nice. Saya pon suka gak tukar-tukar, nak kasi mood datang. Tak ada la boring sangat ye dak..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *