GST: Kenapa Timbul Sekarang?

By | Februari 25, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali dengan bebelan yeop yang tak habis-habis. Alohai…

Sebenarnya yeop dah tukar layout lain, orang kata mesra mobile browser, tapi dah ada kritikan dari pembaca sendiri akhirnya yeop tukar layout lain.

Baiklah, yeop nak teruskan penceritaan mengenai cukai yang dilaksanakan oleh rakyat Malaysia, tak kira muda atau tua, miskin atau kaya, menteri atau kuli.

GSTMalaysia

Apa itu GST?

GST (Good and Services Tax dalam bahasa Inggeris atau Cukai Barang dan Perkhidmatan [CBP] dalam bahasa Malaysia) adalah cukai yang bakal menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan sedia ada yang telah digunakan sejak tahun 1970-an. Mungkin ada yang sedar atau tidak setiap barang dan perkhidmatan yang diberi oleh mereka dikenakan cukai yang tidak nampak.

Contohnya, kita beli kad tambah nilai RM5 sebenarnya kita dah termasuk dalam CBP sebanyak 6 peratus (%) dan mungkin ramai tidak sedar dengan cukai perkhidmatan sebanyak 10% seperti diuar-uarkan di iklan atau laman web gst.customs.gov.my.

Kenapa perlu dilaksanakan GST?

Pada pandangan yeop sendiri, GST adalah pengganti SST (Sales and Services Tax) yang telah dilaksanakan selama berabad-abad. Jadi, yeop mesti melihat apa konsep sebenarnya yang perlu dibuat oleh pihak kastam sendiri. Cukai yang bermula 6% bagi yeop nilainya besar, sama juga seperti cukai perkhidmatan sekarang ini. Dan yeop merasa pelik, kenapa ada 10% dalam cukai (…) entah.

Setiap cukai yang dikenakan semestinya ada pro dan kontranya. Jika melihat pada pro, yeop melihat semua akan mengambil bahagian, bermula dari pengilang atau pengusaha, kemudian pemborong, peruncit sehingga pengguna sendiri. Kiranya cukai tu akan mendapat semula hasil dari barangan yang dibeli oleh pengguna akhir.

Kontranya, pengguna akhir seperti orang miskin, orang kaya, orang muda dan orang tua akan terkena tempias dengan cukai yang timbul pada setiap barangan yang dibeli.

Baiklah, yeop bagi satu contoh mudah.

viva

Andaikata anda hendak beli Viva.

Harga di pasaran termasuk cukai jalan adalah RM33,000 (termasuk cukai 6%). Tahun depan, harga masih kekal tapi tidak termasuk GST 6%.

TIDAK TERMASUK GST!

Jadi, anda kena bayar lebih untuk membeli sebuah kereta ini Mungkin dalam RM36,000 atau Rm40,000. Ini hanyalah anggaran semata-mata.

Tak paham lagi????

Ini contoh lebih mudah. Andaikata anda hendak besarkan rumah. Apa yang perlu ada adalah pasir, batu dan simen.

simen

Di gambar atas adalah simen. Harga simen sekarang adalah RM50 sepeket dengan cukai biasa 6%. Tahun depan mungkin harga mungkin sama, tapi digantikan dalam GST. Dan semestinya bakal menaikkan harga sebuah rumah di bandar-bandar kecil.

Tak semua pengguna kini menggunakan kereta mewah, terutama warga kampung. Kalau ada bantuan dari kerajaan pun sebenarnya tak cukup. Bukan yeop kata tidak pada GST, tapi biarlah dikaji dulu. Jangan laksanakan cepat sangat.

Pikir juga kepada pengguna akhir. Jangan nak menguntungkan kepada orang atasan saja, sedangkan orang bawahan suruh berjimat cermat. Adoi.. Tak patut tak patut.

gst-1-M

gst-2-M

Yeop dah berbincang kepada sahabat Akma Omar (terima kasih sangat kerana sudi berbincang secara telus dan benar) dan lebih elok yeop publishkan juga cerita ini.

Sebarang perbincangan boleh ditujukan di komen bawah ini. Yeop takkan bertanggungjawab dengan komen yang menghasut dan menyokong satu pihak semata-mata.

3 thoughts on “GST: Kenapa Timbul Sekarang?

  1. Kamil Salleh

    Tak tahulah macam mana nanti GST dilaksanakan…tapi lihat kepada senario sekarang .. semua barang dah naik, tak tahulah bila GST dilaksanakan ia semakin rendah pula barangan.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *