Hadiah pemberian terbaik untuk pasangan

By | November 14, 2011

Hadiah pemberian terbaik untuk pasangan

JAM TANGAN – Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN – Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG – Tanda mesra.
RANTAI LEHER – Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG – Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT – Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN – Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG – Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI – Tanda cinta.
BINGKAI GAMBAR – Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU – Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA – Tanda perkenalan dan tanda sayang.
COKLAT – Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN – Mengabadikan cinta dan kenangan
SEJADAH DAN AL-QURAN – Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE – Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup).

Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan adalah…

MASUK MEMINANG – Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *