Harap Idea Sekelip Mata

By | September 5, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tak sangka. Terima kasih :)

Tak sangka. Terima kasih 🙂

Alhamdulillah yeop dah melepaskan diri dari tekanan perasaan yang melanda sejak beberapa hari lalu. Sekarang enjin dalam otak tengah panas, apalagi marilah menaip. Hehe

Sebenarnya yeop sedang menulis mengenai sesuatu yang menaikkan geram kepada yeop, tapi baik yeop lupakan sementara menunggu enjin tengah panas. Hari ini muka yeop masuk akhbar Harian Metro satu muka surat! Tajuk pun sangat menarik sebab menandakan yeop memang mencari idea untuk ditulis di blog ini. Dan semestinya entri ini bukan entri kopi-pasta.

Terima kasih kepada Cik / Puan Hajahfarhana Tarmudi dari Harian Metro kerana sudi menanyakan beberapa soalan yang yeop memang tak dijangka. Dari hari Jumaat lepas sehingga Isnin yeop perah idea untuk diceritakan di akhbar ini. Akhirnya hari Isnin (kebetulan hari cuti berganti sempena Hari Merdeka) pecah kepala nak tulis sampai gambar pun terpaksa digodek dan terus hantar melalui emel beliau.

Terima kasih juga kepada geng Denaihati Network kerana memberi peluang seumur hidup kepada yeop dan memberi kepercayaan untuk ‘recommend’kan kepada mereka. Ia telah tertulis dalam #HajatSeorangBlogger di blog Denaihati.com.my kerana mereka telah memberi peluang kepada blogger bawah tanah seperti yeop untuk mencapai impian yang kita inginkan. Bukan apa, kalau di tempat lain peluang mungkin tidak nampak. Jadi yeop memang tak sangka perkara ini akan berlaku juga. Alhamdulillah.

Jadi, bila yeop dah glamer semestinya cabaran besar bakal berlangsung walaupun yeop bukan artis seperti Fynn Jamal dan Hanis Zalikha.

Okeylah, setakat ni jelah yeop tulis. Wassalam.

Eh kenapa tajuk diletakkan begitu?

Sebab yeop ingat ada letak dalam laman web Harian Metro, rupanya tidak. Jadi yeop buatlah tajuk tu. hehe

 

11 thoughts on “Harap Idea Sekelip Mata

  1. Hairul Azni

    Tahniah untuk Yeop..semoga makin bertambah dan murah rezeki Yeop hasil promosi ni..bukan senang nak masuk satu muka surat penuh paper..
    Terbaik Yeop!

    Reply
  2. nazra

    tahniah. kalau saya, memang terharu habis. alhamdulillah peluang & rezeki yeop 🙂

    Reply
  3. hafidzramli

    Salam Hormat bro.
    Wah lepas ni masuk tv pula ya 🙂
    Tahniah 😀

    Reply
  4. hasrul hassan

    Hebat Yeop .. saya pun tak pernah dapat peluang macam ni … bukan calang blogger dapat paparan muka surat penuh dalam akhbar … tahniah yeop.

    Reply
  5. mizi

    mesti yeop tengah menangis tulis entri inikan tahniah untuk yeop…

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *