Hari Arafah Dan Kelebihannya

By | Oktober 14, 2013

wuquf arafah1

1.   Hari arafah adalah satu hari daripada bulan-bulan haram – Bulan-bulan haram itu ialah Zul kaedah,Zulhijjah,Muharram,Rejab dan harai arafah jatuhnya pada bulan Zulhijjah.

(????? ??????? ?????????? ?????? ??????? ?????? ?????? ??????? ??? ??????? ??????? ?????? ?????? ????????????? ??????????? ??????? ?????????? ??????) [???? ?????? : 36]

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Bulan-bulan haram itu ialah Zul kaedah,Zulhijjah,Muharram,Rejab dan harai arafah jatuhnya pada bulan Zulhijjah.

2.   Hari arafah adalah satu hari daripada bulan-bulan haji – iaitu Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah

(???????? ???????? ????????????) [???? ?????? : 197]

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum.

3.  Hari arafah adalah satu daripada hari yang termaklum dan sebut dengan pujian-pujian di dalam Kitab Suci – menurut ibnu Abbas: hari tertentu itu adalah hari kesepuluh Zulhijjah.

(???????????? ????????? ?????? ???????????? ????? ??????? ??? ???????? ????????????) [???? ????:28 ] .
“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu”,

4.  Hari arafah adalah satu daripada sepuluh hari yang Allah s.w.t bersumpah dengan keagongannya dan kemuliaan harinya. Menurut ibnu Abbas : ia adalah sepuluh zilhijjah dan berkata Ibnu Kathir dia adalah sohih.

(????????? ?????? ) [???? ?????:2].

5.  Hari arafah adalah salah satu daripada sepuluh hari yang dilipatganda ganjaran pahalanya melelebihi ganjaran pahala jihad fi sabilillah. ” Tiada hari yang paling suci di sisi Allah Azzawajalla dan tiada yang paling besar ganjaran pahalanya bagi amal kebaikan pada hari sepuluh Zulhijjah ( hari raya korban ) ada yang bertanya: sekalipun berjihad pada jalan Allah Azzawajlla? Nabi bersabda: sekalipun berjihad pada jalan Allah, kecuali seorang lelaki keluar dengan dirinya dan hartanya kemudian tidak lagi pulang-pulang sesuatu pun .. riwayat al-Daarimi, Hasan sanatnya- Al-Bani

6.  Allah menyempurnakan agamaNya dan nikmatNya pada hari Arafah – Omar r.d telah berkata: kami telah mengetahui pada hari itu yang diturunkan kepada Rasulallah s.a.w sedang baginda berdiri di arafah juga pada hari jumaat.

???: ( ????????? ?????????? ?????? ????????? ???????????? ?????????? ????????? ????????? ?????? ???????????? ??????) [ ???? ???????:3].

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

7.   Puasa sunat pada hari arafah – ” puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa setahun selepas dan setahun sebelumnya” riwayat muslim – semua bagi yang bukan menunai haji, bagi jemaah haji tiada sunat bagi mereka untuk berpuasa pada hari tersebut kerana bagi mereka adalah hari raya.

8.  Hari Arafah adalah hari raya bagi mereka yang berwuquf di arafah – nabi telah bersabda: “Hari Arafah, hari nahar ( menyembelih) dan hari-hari di Mina adalah Raya kita ahli Islam” – ( riwayat Abu Daud dan di sahihkan oleh al-Bnaani)

9.   Doa paling baik – “sebaik-baik doa adalah pada hari arafah” (Maksud hadis – yang di sahihkan oleh albaani)

10.  Banyak pembebasan daripada api neraka : Nabi bersabda: “tidak ada hari yang lebih ramai, Allah s.w.t membebaskan manusia daripada api neraka melainkan pada hari Arafah” – riwayat Muslim di dalam sahi

11. Allah s.w.t mempamirkan kebanggaanNya kepada penghuni langit – “Sesungguhnya Allah berbangga dengan orang berwuquf di Arafah kepada Penghuni langit” – riwayat ahmad dan di sahihkan isnadnya oleh al-Baani.

12.  Takbir – terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

Takbir muqaiyad; takbir selepas solat fardhu dan bermula daripada terbit fajar pada hari arafah. Menurut ibnu Hajar : tiada tsabit daripada nabi s.a.w sebarang hadis. Sebenarnya apa ada ialah daripada Sahabat, kata-kata Ali dan Ibnu Mas’ud r.a. iaiatu daripada subuh hari arafah sehingga berakhir hari-hari di Mina.

Takbir mutlak: ianya dilaungkan pada sepanjang waktu; bermula daripada hari pertama Zulhijjah; sesungguhnya Ibnu Omar dan AbuHurairah telah keluar ke pasar sambil bertakbir lalu orang ramai turut bertakbir  dengan takbir mereka berdua; bermaksud untuk mengingat orangramai supaya bertakbir secara sendirin, bukan beramai-ramai.

13.  Padanya rukun haji yang agong – haji itu adalah arafah ( maksud hadis )

Sumber daripada mahyudinismail.wordpress.com

One thought on “Hari Arafah Dan Kelebihannya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *