Hidupkan Cukai Jalan Kenderaan Anda di Pos Malaysia

By | Jun 28, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

insurans-motor-posmalaysia

Tengah hari tadi yeop ada masa untuk menghidupkan semula cukai jalan motorsikal yang telah lama mati (baru setengah tahun). Sebenarnya yeop tak tau nak hidupkan semula cukai jalan tersebut, takkan nak pergi kedai motor semata-mata nak hidupkannya. Kerja pun remeh temeh, terutamanya nak hidupkan sekali dengan insurans.

Masa tu yeop nak masuk ofis pada waktu petang. Jadi, yeop ambil masa waktu tengah hari untuk pergi ke satu tempat yang bagi yeop mudah dan cepat, iaitu Pejabat Pos Sungai Besar Selangor.

Sebenarnya nak menghidupkan cukai jalan kenderaan mudah sangat, hanya serahkan geran kenderaan kita dan biar pekerja Pos buat kerja. Sebenarnya kita boleh buat rundingan dengan pakej insurans mengikut kehendak kita dengan harga berpatutan.

Dah selesai 10-15 minit terus siap cukai jalan kenderaan kita. Tak perlu tunggu beberapa hari hingga minggu semata-mata nak hidupkan cukai jalan kenderaan kita.

Mereka akan diberikan surat insurans dengan bayaran tertentu. Yeop menggunakan insurans Allianz, sebelum ini menggunakan Kurnia. Dua-dua penyedia insurans tu bagus sebenarnya, pakej pun tak membebankan pengguna seperti kita.

Untuk motorsikal sehingga 150cc, anda hanya menyediakan minimum RM300 sahaja. Ia termasuk insurans dan cukai jalan. Untuk kereta pula, yeop tak pasti.

Jadi, yeop mengesyorkan buat cukai jalan kenderaan anda di Pejabat Pos berdekatan anda.

Yeop boleh kata, “Cepat, Mudah dan Bagus”. Yeop bagi 5 bintang untuk servis di Pejabat Pos Sungai Besar Selangor.

3 thoughts on “Hidupkan Cukai Jalan Kenderaan Anda di Pos Malaysia

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *