Hilang Kasih Sayang Kerana Tidak Ada Sikap Persahabatan

By | Mei 7, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

friendship-grey-children

Hidup di dunia ini seperti roda, ada masa kita senang ada masa kita susah. Jadinya, selain keluarga kita digalakkan mengeratkan antara satu sama lain melalui persahabatan. Ada yang mengeratkan secara jarak jauh seperti laman sosial, ada juga setiap masa bertemu sapa di kedai runcit kebetulan membeli barangan keperluan.

Jangan pelik pula, kenapa letak tajuk sebegini. Bukan ke hanya pada pasangan dan keluarga saja. Tidak sebenarnya. Kasih sayang yang yeop ingin katakan adalah antara rakan sekerja, rakan jiran rumah, mak cik pak cik abang kakak sebelah rumah apa-apalah. Kali ini yeop ingin ‘highlight’kan kepada persahabatan.

Persahabatan yang baik adalah dia tidak kisah dan tidak merungut apabila meminta sesuatu atau pertolongan dari kita. Contohnya, yeop membantu mereka untuk mencari bahan pembelajaran di Internet kerana ia bidang yeop. Jika di luar bidang, yeop boleh menolak dengan cara baik dan meminta maaf kepada mereka.

Poin utama adalah, kenapa hilangnya kasih sayang antara persahabatan.

1. Mungkin sikapnya yang sukar meminta maaf kepada kita kerana masalah-masalah tertentu. Contohnya, dia nak minta yeop buat bahan kerjanya tetapi yeop menolak. Jadinya, dia menyimpan seribu dendam kepada yeop sampai bila, entahlah.

2. Mungkin hendak kata dia ini sombong, tak jugak. Nak kata apa agaknya? Hmmm… kena rujuk perkara 1 tadi.

3. Walaupun kita nak kata dia ni marah-marah kerana benda kecil, sebenarnya ia tertakluk kepada diri sendiri juga. Kenapa perlu menyimpan seribu dendam? Pernah terfikir tidak? Kalau anda seorang bijak, tak perlu kata apa-apa. Kalau anda seorang kurang bijak, mulalah merepek macam-macam.

4. Selepas dia marahkan kita, mulalah drama petang dengan tidak menegur antara satu sama lain. Hello, takkan benda kecik pun tak nak minta maaf? Pelislah, awak tu dah besar panjang bukan budak darjah satu lagi.

Dah merepek yeop lagi. Asyik merepek saja, cuba rileks sekejap bertenang dan pikir, betul ke tindakan anda tu? Kalau anda merasakan salah, esok pergi jumpa dia dan meminta maaf. Tak perlu buat Sidang Media dan panggil wartawan pun kalau anda bukan artis atau menteri.

Jadinya, kalau orang tu kata “Okey, saya maafkan awak”, dahlah jangan buat perkara merepek lagi.

Harapnya dia yang sedang membaca tu, jangan buat muka sombong lagi. Harapnyalah…

Sebelum yeop menutup entri ini, marilah kita membaca dan menghadam rahsia-rahsia mengekalkan persahabatan sampai bila-bila.

8 Rahsia Mengekalkan Persahabatan Sehingga Selamanya

1. Berkawanlah ikhlas kerana Allah

Ya, inilah kunci utama mengekalkan persahabatan. Apabila kita ikhlas berkawan kerana Allah , kita dapat menerima kelebihan dan kekurangannya.

2. Jangan menjadi api

Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan persahabatan, adakalanya timbul salah faham yang mengakibatkan pergaduhan. Ketika salah seorang menjadi api, biarlah kita menjadi air. Mengalah bukan bererti kita kalah.

3. Tanam sifat saling percaya

Dalam perhubungan persahabatan ,adakalanya ada pihak ketiga yang cuba memporak perandakan hubungan anda. Jangan bertindak melulu. Percayalah sahabat anda kerana anda lebih mengenalinya berbanding orang lain.

4. Sentiasa berbincang

Ketika berlakunya salah faham, ambillah masa untuk bertenang. Setelah menenangkan diri, berjumpalah dengan sahabat anda dan berbincang dengannya tentang masalah yang berlaku.

Dengar dahulu penjelasan daripada sahabat anda sebelum anda menjatuhkan ‘hukuman’. Mungkin berlakunya salah faham atas sebab masalah dalam komunikasi antara anda berdua.

 

5. Carilah orang tengah yang mampu membantu

Ketika berlakunya salah faham , carilah orang tengah yang mampu membantu anda dan sahabat anda menyelesaikan salah faham.

Namun, anda haruslah berhati-hati kerana jika tersalah pilih orang, orang tengah mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan anda dan sahabat anda.

6. Luangkan masa bersama

Masing-masing akan sibuk dengan kehidupan sendiri.Namun,carilah waktu dan luangkan masa bersama-masa. Tidak perlulah sampai menonton wayang, bersiar –siar atau sebagainya.

Cukuplah duduk berdua dan bercerita tentang diri masing-masing ketika ada waktu terluang.

7. Terimalah kelebihan dan kekurangannya

Memang tiada manusia yang sempurna. Kadangkala kekurangannya menguji kesabaran kita.Contohnya,sahabat kita memang seorang yang panas baran.

Kadangkala tanpa sebab yang pasti kita dimarahinya.Bersabarlah.

Terima sikap itu sebagai kekurangannya sebagaimana dia menerima kekurangan kita. Manusia ni tiada yang sempurna kan?

8. Sentiasa bersama di kala susah dan senang

Carilah sahabat yang mampu bersama di kala kita senang mahupun ketika ditimpa kesusahan. Kawan ketawa mudah dicari, tetapi kawan menangis susah dicari.

Mesti anda pernah dengar kan?

Carilah sahabat yang mampu berbahagi kesenangan dan kesusahan bersama kita.

4 thoughts on “Hilang Kasih Sayang Kerana Tidak Ada Sikap Persahabatan

  1. muliani

    itulah penting kenapa perlu brkawan kerana Allah.. nak sakitkan hatinya pun tak sanggup..”ukhwahfillah”:)

    Reply
  2. Sani

    Benarlah kawan ketawa memang ramai, tapi kawan yang bertemu dan berpisah kerana Allah memang susah nak dicari..

    Reply
  3. MK Hakimi

    Kawan yang baik adalah kawan yang tak mudah sentap dgn nasihat kita.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *