Hukum Merayakan Halloween Oleh Umat Islam

By | Oktober 27, 2014

halloweeng

Adakah orang Islam dibenarkan untuk merayakan Halloween?

PENJELASAN:

Halloween merupakan perayaan keagamaan Kristian yang dirayakan pada 31 Oktober. Ia dirayakan bagi memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints), wira-wira agama (martyrs) dan mereka yang beragama dalam kalangan orang Kristian. Ia berasal dari istilah All Hallow’s Eve (malam sebelum all hallow) yang merujuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati. Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak-watak mitos yang menakutkan.

Perayaan Halloween asalnya dipengaruhi oleh tradisi pagan kuno berkaitan pesta semaian hasil tanaman (harvest festival) yang dilakukan oleh golongan Samhain dalam kalangan kaum Celtic di Ireland dan Britain. Mereka percaya bahawa pada malam itu roh-roh orang-orang yang mati akan pulang menziarahi keluarga-keluarga mereka yang masih hidup.

Sekarang ini Halloween biasanya dirayakan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh melawat rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat-tempat berhantu, mengusik orang lain dengan pelbagai permainan (pranks), dan menyampaikan cerita-cerita seram. Halloween dirayakan dengan menggunakan tema humor bercampur seram dengan tujuan untuk menghibur hati dan juga menentang semangat kematian yang mempengaruhi manusia.

Perayaan Halloween jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah. Ia tidak boleh dirayakan oleh orang-orang Islam. Bagi memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia, Islam menganjurkan amalan berdoa dan membaca al-Qur’an.

Wallahu a’lam

Sumber dari Fatwa Malaysia

5 thoughts on “Hukum Merayakan Halloween Oleh Umat Islam

  1. siti hazreen

    tak faham juga kenapa orang nak sambut halloween ni..artis-artis melayu pun sambut…dah lah jadi ikon kat budak-budak hurmmm

    Reply
  2. Noriza Rahman

    Dulu2 tak penah ambik tau pun pasai Halloween ni..sekarang anak2 muda mudi Islam dh terikut2 pula dengan budaya dan agama lain

    Reply
  3. Noriza Rahman

    Memang jadi trend la sekarang ni kan,mana yang dilarang agama itu la yang ramai nak buat

    Reply
  4. titan

    anak ramai orang kita yang jahil dan pura-pura jahil.

    dan yang paling tak best..orang yang anjur tu pun kekadang..orang kita jugak. Itu yang tak faham tu.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *