Hukum Sambut Hari Bapa

By | Jun 17, 2012

“Bagaimana bermulanya sambutan hari bapa ?” “How did Father’s Day Begin?”

Ceritanya sejarah sambutan hari bapa itu :

Mengikut sejarah, Hari Bapa dikesan sejak tahun 1839 bagi mengenang kematian 123 lelaki dalam peperangan Iransop. Hari Bapa pada zaman moden mula diadakan pada 5 Julai 1908 di Fairmont, West Virginia, USA sebagai satu acara keagamaan dalam agama Kristian, hasil asperasi sambutan Hari Ibu.

Hari Bapa digerakkan sebagai sambutan sedunia apabila Sonora Smart Dodd mengadakan sambutan ulang tahun pada tahun 1910 bagi mengenang bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran Perang Saudara Amerika Syarikat yang secara bersendirian membesarkan enam orang anaknya. Tarikh yang dipilih sebagai Hari Bapa yang pertama diadakan secara rasmi ialah pada 19 Jun 1910.

Apakah hukum sambut hari bapa?

Ulama’ berselisih pendapat (khilaf) dalam perkara ini dan secara umumnya mereka terbahagi kepada 2 kelompok iaitu:

(1.) Kelompok yang mengharamkan. Diantaranya ialah Al-marhum Sheikh Abdul Aziz bin Baz yang secara jelas pernah mengeluarkan fatwa tentang sambutan ini. Asasnya ialah kerana ia termasuk diantara perkara bid’ah dalam agama dan mengikut kepada Barat (gharbiyyun).

(2. )Kelompok yang mengharuskan. Mereka mempersetujui bahawa sambutan ini juga adalah perkara yang diada-adakan, tetapi ia bukanlah bid’ah dalam ibadat tetapi hanyalah bid’ah dalam adat kebiasaan .

Jawapannya cukup mudah, kita pegang pada tiga kata kunci ni:

– Cara: apa yang kita lakukan terhadap sambutan dan tanda memperingati, bagaimana meraikan ?
– Niat: Faktor utama dan sub-faktor kita seronok mengucap dan meraikannya , kenapa ?
– Siapa : Dari siapa untuk siapa kita melakukannya ?

Apapun bergantung pada aqidah (kepercayaan ) kita dan tujuan ASAL kita meraikan sesuatu itu . Jangan terikut dan jangan hanya mengikut . Dan agama bukan menyusahkan, jangan terlalu taksub sehingga menolak semuanya, jangan terlalu pula menentang apa yang betul.

???????? ??????? ?????? ???????????? ?????? ???????? ?????????????????? ??????????? ?

“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Sumber

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *