Impian Jadi Kenyataan?!

By | April 14, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

miliki-impian

Hari isnin yang indah untuk berzikir kepada Allah subhanahuwataala kerana kita hidup setiap hari di dunia ini. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Semalam yeop ada buat status mengenai impian. Bermula yeop tengok cerita Apa Saja FBI di TV9 jam 8.30 malam tadi, apabila melihat di kota singa. Yeop ingat singapura hanya untuk orang cina semata-mata, rupanya ada orang Islam berada di situ, walaupun tak nampak orang Islam berniaga di situ. Kalau ada pun sikit sangat.

Baiklah, apa yang membuat yeop menulis secara spontan kali ini?

Sebenarnya yeop nak mencapai impian yang yeop sangat perlukan untuk memuaskan hati yeop, biasalah bila dah bekerja semestinya perlukan ketenangan yang sangat tenang. Jadi, yeop dah buat plan untuk menjadi kenyataan.

 

Yeop tengok ramai kata kenapa nak pergi sana, kenapa tidak ke Makkah?

Sebenarnya yeop dah sedia dengan jawapan mereka. Mudah sangat yeop cari jawapan.

Oklah, Bagaimana hendak mencapai impian yeop yang bakal menggegarkan dunia?

Yeop perlukan inspirasi dari seseorang (bukan ayah yeop) tapi diri sendiri, lagipun yeop nak sangat mencapai impian menjadi realiti atau kenyataan.

Seperti menulis dalam blog, semua angan-angan untuk menjadi penulis blogger berjaya memang sangat sukar. Lihatlah blog Denaihati.com yang membina empayar blognya dari bawah tanah hingga terkenal di seluruh Malaysia. Lihat pada kejayaan beliau mengumpul sahabat blogger melalui Sepetang Bersama Blogger bermula tahun 2011 hingga tahun ini. Memang tak menghampakan beliau.

Yeop nak jadi seperti mereka. Ya, jadi mereka. Sebab itu yeop perlukan impian, seperti ditulis di status Facebook yeop. Insya-Allah, yeop nak impian menjadi kenyataan sebelum yeop menutup mata.

Seperti menaiki basikal, bermula pada kesusahan berakhir dengan kejayaan.

Apa yang yeop impikan?

1. Semestinya jadi blogger popular di Malaysia

2. Melancong ke seluruh Malaysia

3. Melancong ke luar negara (termasuk Makkah al-mukarramah)

4. Berkenalan dengan rakan-rakan

5. Menjadi kaya tapi rendah diri (membantu orang lain jika kesusahan)

6. dan lain-lain (mungkin yeop akan senaraikan kemudian)

3 thoughts on “Impian Jadi Kenyataan?!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *