Info iPhone Nak Tau?

Info dan Perkara Anda Perlu Tahu Tentang iPhone 7 & iPhone 7 Plus

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Minggu lepas, Apple melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Yeop sendiri baru tahu beberapa hari lepas.

Jadi, apa yang menarik dengan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus?

Sumber ini dipetik dari Facebook Apple User Group – Malaysia.

iphone-black

  1. Mempunyai warna baru iaitu Jet’ Black’ dan ‘Black’ menggantikan Space Grey.

gold-rose-gold-silver-iphone

Warna lama iaitu Gold, Rose Gold dan Silver masih kekal seperti biasa.

7000-series-aluminium

2. Masih menggunakan bahan 7000 series aluminium yang sama seperti iPhone 6s sebelum ini.

iphone-black

3. Permukaan warna ‘Jet Black’ ialah ‘glossy’ (licin) manakala permukaan warna ‘Black’ ialah ‘matte’ (kasar).

gold-rose-gold-silver-iphone

Warna ‘Jet Black’ hanya dijual khas utk kapasiti 128GB dan 256GB sahaja. Warna lain ada dijual untuk semua kapasiti & warna ini mudah calar berbanding warna lain dan Apple menyarankan untuk memakai casing sebagai perlindungan.

iphone-kalis-air

4. Merupakan iPhone yang pertama untuk kalis air dan habuk – IP67

home-button-touch

5. Mempunyai Home Button baru yang tak boleh ditekan dan hanya boleh disentuh yang mempunyai getaran maklum balas.

taptic-engine

Home button telah disambung dengan Taptic Engine untuk maklum balas getaran apabila disentuh.

deep-press-pressure

Kalau tak boleh tekan mcm mana nak pergi ke Home? Dgn ‘deep press pressure’, sama seperti Force Touch pada Macbook.

api-light-press-pressure

Dan ada juga ‘light press pressure’, Apple juga telah membuka API kepada developer untuk akses bagi fungsi lain. Fungsi lain akan mengikut tekanan jari ditekan pada Home Button, utk permulaan Quick Actions, Mesej, Noti, dan Ringtone yang boleh digunakan.

touch-id-fast

6. Touch ID kini lebih pantas dan lebih selamat berbanding iPhone 6s ke bawah sebelum ini.

12mp-tone-flash

7. Mempunyai kamera baru 12mp f/1.8 (60% laju, 30% lebih efisyen), RAW shooting, 4 LED True Tone Flash.

2-camera-iphone-7-plus

Utk iPhone 7 Plus – 2 kamera baru 12mp, wide-angle & telephoto. Blh zoom, buat shallow depth of field/bokeh dgn auto

zoom-iphone-7-plus

Boleh zoom sehingga 2x-10x. Shallow depth of field/bokeh akan ada software update kelak, tak ada masa baru keluar.

new-screen-iphone-7

11. Mempunyai skrin baru: 25% lebih terang, colour gamut lebih luas, fungsi colour management & masih kekal 3D Touch

speaker-iphone-7

12. Speaker ialah jenis Stereo Speakers yang ada pada bahagian atas dan bawah iPhone.

lightning-no-jack-headphone

13. Disebabkan tak ada headphone jack, semua kena connect pada 1 lightning port sahaja atau bluetooth.

kotak-iphone-7

Dalam kotak akan ada aksesori Earpod dgn lightning connector, dongle/adapter lightning to 3.5mm headphone jack.

adapter-iphone

Untuk dongle/adapter tu ada dijual di kedai Apple Store & Apple Reseller dengan harga $9 (dalam RM40 macam tu).

kompressor-iphone

14. Dikuasa dgn Apple A10 Fusion 64-bit quad-core processor, M10 motion coprocessor.

ram-iphone-7

RAM pula, untuk iPhone 7 ialah 2GB manakala iPhone 7 Plus ialah 3GB.

grafik-iphone

15. Processor dan Graphic lebih tinggi dan lebih pantas berbanding iPhone sebelum ini.

lte-speed

16. LTE Advanced iPhone 7 menawarkan kelajuan sehingga 450Mbps berbanding 300Mbps pada iPhone 6s. Menyokong 25 band 4G/LTE di seluruh dunia.

battery-iphone-7

17. Bateri iPhone 7 ditambah 2 jam lebih tahan berbanding iPhone sebelum ini untuk penggunaan harian. Kalau ikutkan rumours iPhone 7 – 1960mAh, iPhone 7 Plus – 3140mAh.

iPhone 7:
Wireless audio: 40 jam
Wireless video: 13 “
Wi-Fi browsing: 14 ”
LTE browsing: 12 ”
3G browsing: 12 ”
3G talk (wireless): 14 ”

iPhone 7 Plus
Wireless audio: 60 jam
Wireless video: 14 ”
Wi-Fi browsing: 15 ”
LTE browsing: 13 ”
3G browsing: 13 ”
3G talk (wireless): 21 “

saiz-iphone-7

18.Tinggi, lebar & tebal iPhone 7/7 Plus ialah sama seperti 6s/6s Plus. iPhone 7/7 Plus lebih ringan dari 6s/6s Plus

kapasiti-iphone-7

19. Hadir dengan kapasiti 32GB untuk model asas dan bersama dengan 128GB & 256GB.

gold-rose-gold-silver-iphone

20. Harga, kebiasaannya akan ikut harga iPhone 6s/6s Plus sebelum ini. Jangkaan:
iPhone 7
32GB – RM3199
128GB – RM3699
256GB – RM4199

iPhone 7 Plus
32GB – RM3699
128GB – RM4199
256GB – RM4699

Namun akan berubah ikut mata wang Malaysia.

iphone-7-serial

21. Masuk di M’sia? Biasanya boleh pre-order melalui telco & Apple Reseller seawal pertengahan/akhir bulan 10 & boleh dibeli pada bulan 11.

warna-kotak-iphone-7

22. Bakal rupa kotak atas iPhone 7 & iPhone 7 Plus yang ikut wallpaper dan warna iPhone.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

2 Replies to “Info dan Perkara Anda Perlu Tahu Tentang iPhone 7 & iPhone 7 Plus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *