iPhone 5C Pilihan Yeop!

By | Mac 26, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yeop di #SBBYEOS2014

Yeop di #SBBYEOS2014

Sudah hampir sebulan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 berlalu. Penganjuran telah dilaksanakan oleh Denaihati Network dianjurkan bersama Yeo’s MalaysiaOceanlife2uLazada Malaysia, Al-Ansar Health, MYNIC BerhadSegi Seri Sdn BhdUmmi Umairah dan iLuvTour (photo & video) sangat meriah masa hari tersebut. Anda masih ingat dengan cerita yeop dulu, berkenaan yeop telah mendapat gajet iPhone 5C yang yeop sangat idamkan sejak dulu lagi.

Baiklah, bila yeop ditakdirkan untuk menjadi pemenang mengira kad bisnes / blogger di Saloma Bistro Kuala Lumpur bulan lalu, yeop berasa terkejut dengan kemenangan yeop sehingga menitis air mata kerana bersyukur mendapat apa yang yeop inginkan selama ini. Bila diberi penghargaan semestinya ramai akan ingat dengan kenangan tu, sehingga sekarang. Macam menang Oscar! (tu Hilal Azmi cakap!)

yeop

iphone5csbbyeos2014

Untuk pengetahuan semua, selepas yeop balik dari KL Sentral yeop simpan iPhone sampai balik ke rumah. Kalau ikutkan buka dalam kereta saja, tapi memikirkan kena cas bateri dulu, yeop buat terus ke rumah.

Selepas mendapat iPhone 5C kesukaan yeop teruslah masuk simkad dalam handphone tu. Bayangkan bila nak masuk simkad macam potong pokok untuk ditebang! Masa yang diambil untuk buat simkad saja hampir 3 jam, balik rumah terus godek.

iPhone 5C

Photo0482

Pakej Penuh iPhone 5C

Susah nak masuk

Susah nak masuk

Seterusnya yeop terus mencuba iPhone ini. Dari pengamatan yeop kali pertama menggunakannya, rasa lain sedikit sebab bila yeop berpindah dari Android ke iOS jadi keliru sedikit. Yeop terus mencuba sampai boleh digunakan sepenuhnya.

Setelah beberapa minggu menggunakan Samsung Galaxy S3, yeop buat keputusan untuk menggunakan iPhone sepenuhnya untuk menggunakan Facebook dan Tunein Radio sepenuhnya.

Trivia: Sekarang yeop ada 4 telefon iaitu Nokia Asha 202, Alcatel OneTouch Glory 2S Pro, Samsung Galaxy S3 dan iPhone 5C. Sesiapa nak suruh yeop jual handphone semua, minta maaf ya. Yeop takkan jual!

Semasa pendaftaran untuk Apps Store agak sukar kerana jika anda tidak ada kad kredit atau kad debit, tidak boleh akses untuk Apps Store. Sangat betul. Dalam Apps Store pelbagai aplikasi boleh dimuat turun, tapi anda kena ingat dalam App Store tiada yang percuma. Sebab tu perlu ada kad kredit atau kad debit baru boleh dimuatturun. Tapi, ada juga yang percuma seperti Facebook, Twitter, Instagram, Klout, WordPress dan lain-lain.

Nota: Yeop sukar nak berpindah gambar dari iPhone sebab bluetooth tak detect antara laptop yeop. Mungkin tidak serasi dengan Windows.

Setelah beberapa hari menggunakannya, yeop terus pakai sarung sebab tiada sarung jadi bogel saja. Jadi yeop cari di kedai-kedai jual aksesori dan yeop dah beli sarung yang sesuai dengan iPhone.

Sarung iPhone

Sarung iPhone

Penggunaan bateri iPhone sedikit sebanyak boleh tahan, kiranya jika penggunaan banyak di luar boleh sehingga sehari. Jika tidak menggunakan langsung bertahan sehingga 3 hari walaupun buka wifi.

Sekarang, iPhone yeop masih sihat sejahtera. Yeop masih belajar menggunakan iPhone sebab yeop memang suka belajar sesuatu benda baru. Jadi, yeop sangat beruntung kerana mendapat hadiah dari tuan Denaihati yang yeop sangat hormati.

Jika membuat perbandingan antara iPhone 5C dengan Samsung Galaxy S3 dari segi kelajuan, iPhone masih kehadapan. Tapi yeop masih guna 2 handphone ni. Kan yeop kata takkan jual. hehehe

Rasanya ini review ringkas bergambar untuk kali ini. Maaf tidak dapat berkongsi apa yang ada dalam iPhone ini disebabkan ketidakserasian dengan laptop yeop.

Sekian wassalam

Kemaskini 26/03/2014 jam 10.40 Malam.

Yeop dah backup gambar dari iPhone menggunakan Google+ yeop. Jadi, bolehlah yeop berkongsi layout yang digunakan dalam iPhone 5C

23 thoughts on “iPhone 5C Pilihan Yeop!

    1. Khairil Mazri Post author

      alhamdulillah iphone ni impian yeop sejak keluar dulu. sekarang masih guna lagi sebagai hp utama. hihi

      sabar bro, ada rezeki nanti. cuma lambat dan cepat je.

      Reply
  1. hafizmd

    lama2 nanti…mesti serasi iphone tu ngn yeop

    terima kasih yeop sudi berkongsi kegembiraan

    Reply
  2. Ezad Skytech

    memang rezeki yeop dapat iPhone5C hari tu…mula2 memang la kekok sikit sebab da terbiasa guna Android kan…lama2 nanti tu OK la kot dengan iOS…:D

    Reply
  3. suhairi alias

    Memang dah nasib yeop dapat iphone tu. dan org yg berusaha bersunguh-sungguh. Org yg berusaha mesti dapat hasilnya. 🙂

    Reply
  4. mohd rasul abu hanipah

    hehe puas ati guna iphone ni. dari segi kepantasannya memang no.1 dan lebih esklusif

    Reply
  5. W.R

    dalam usaha nak dapatkan iPhone 5 nie hehehe..
    dpt percuma macam bro mmg bertuah sgt tahniah

    Reply
  6. Qaseh Vee

    review ringkas iphone di hari rabu yg panjang berjela tuh . Setiap gadget tu ada kelebihan dan kekurangannya yeop . betul ! harta jgn di jual . buat koleksi jer . bab gambar tu , klu ada tablet , kuarkan jer memory kad drp iphone masuk ke dlm tablet . tu yg sis buat pada bbm ke tablet 7 sbb saiznya yg sama . sis iphone 7 kot baru merasa sbb suka dgn angka 7 tu …

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      hehe peringatan ya, hari ini takde hari rabu tanpa kata. hehe

      iphone takde memori kad akak. bila nk transfer guna bluetooth jadi masalah pula. ermmm

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *