Istilah yang kita tak tau pasal Khinzir

By | September 4, 2012

Ada berbagai istilah untuk babi, di sini ada beberapa istilah bahasa inggris yang menggambarkan haiwan ini. Bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber Babi?. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut. Tapi macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang digunakan untuk perkataan ‘babi’ pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang dari 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (Jarang digunakan).

8. Sow Milk : Susu babi.

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis “This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini mengandungi bahan dari babi”, atau label yang menyatakan “The source of gelatin capsule is porcine” bermaksud “Kapsul dari gelatin babi”.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *