Jangan Panik Bila Lampu Amaran Bahan Api Menyala

By | Jun 28, 2016

Jangan lekas panik sekiranya lampu amaran bahan api sedikit menyala. Semasa lampu tersebut menyala buat kali pertama, ia bermaksud masih berbaki 4.5 L petrol dalam tangki bahan api (sila rujuk buku panduan pengguna untuk jumlah sebenar, misalnya 7.9 L bagi Honda City). Jumlah tersebut mencukupi untuk perjalanan sejauh 60 km, dengan andaian kadar penggunaan bahan api purata 15 km/L. Anda akan mendapat tambahan 10 km jika anda mematikan penyaman udara dan tambahan 10 km lagi jika anda menurunkan kelajuan kepada sekitar 60 km/j pada gear tertinggi. Apa lagi, manfaatkanlah baki 60-80 km untuk mencari stesen minyak.

Namun, perancangan yang teliti boleh mengelakkan anda daripada kehabisan minyak di tengah jalan. Bagaimana hendak merancang masa mengisi minyak?

1.) Isi setangki penuh minyak
2.) Reset tripmeter kepada sifar. Jika tiada tripmeter, catat bacaan awal odometer.
3.) Setelah jarum tolok bahan api mencecah tanda E, isi setangki penuh dan catat bacaan berapa liter yang diisi.
4.) Catat bacaan tripmeter dan reset tripmeter. Jika tiada tripmeter, catat bacaan odometer, seterusnya tolakkan bacaan akhir dengan bacaan awal.
5.) Bahagikan bacaan tripmeter atau beza bacaan odometer dengan isipadu petrol yang diisi untuk mendapatkan kadar penggunaan petrol dalam km/L.

Sebagai hukum ibu jari, isi minyak kereta setiap 300 km dan minyak motosikal kapcai setiap 100 km.

Nota: Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *