Jangan Terperdaya Dengan Sindiket Haram!

By | April 16, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dulu memang Malaysia selamat, tapi sekarang macam-macam jadi. Terutama kes tipu orang, duit haramlah, sampai menipu semua rakyat Malaysia. Sekarang pula kes kad kredit atau kad debit pula dicuri dari akaun kita.

Sumber ini dipetik dari Facebook Polis DiRaja Malaysia

*****

scamkreditkad

PENIPUAN KAD KREDIT/KAD DEBIT

SCAM ALERT:

Mensasarkan pengguna baru kad kredit/kad debit yang kurang arif mengenai transaksi kad kredit. Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan CVV2 (Card Verification Value) iaitu tiga digit nombor terakhir di belakang kad kredit/kad debit mangsa.

Modus Operandi:
1. Sindiket akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad kredit atau debit dengan memaklumkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada pusat khidmat pelanggan bank yang dilanggani.

2. Sindiket memberitahu mangsa bahawa mereka merupakan pemegang kad bertuah dan atas sebab tersebut, terdapat tawaran menarik seperti pakej pelancongan, insurans sedang menanti.

3. Untuk menerima tawaran tersebut, mangsa perlu membuat pengesahan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh luput kad.

4. Pihak sindiket kemudiannya akan meminta mangsa membacakan nombor kad kredit/debit mangsa berserta tiga digit nombor terakhir di belakang kad berkenaan.

5. Setelah semua maklumat tersebut diperolehi, sindiket berjanji tawaran yang dimaksudkan akan dimaklum dalam tempoh terdekat.

6. Mangsa menyedari mereka tertipu apabila tawaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba dan mendapati terdapat transaksi pengeluaran wang tanpa pengetahuan ketika menyemak penyata akaun bank.

Nasihat polis

1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/ debit termasuk tiga digit nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenaan.
2. Segera menghubungi pihak bank sekiranya akaun anda digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
3. Jangan dedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda kepada orang yang tidak dikenali.
3. Hanya berurusan menerusi laman yang diperakui selamat.
4. Kemaskini maklumat terbaru berkenaan nombor telefon dan alamat terkini untuk memudahkan pihak bank menghubungi sekiranya berlaku transaksi yang luar biasa.

*****

Berjaga-jaga semua, mohon sebar ke semua pembaca blog ini. Boleh di-kopipasta berkredit ke blog ini.

Sekian, Wassalam.

7 thoughts on “Jangan Terperdaya Dengan Sindiket Haram!

  1. Abrar

    Ramai yang ambil kesempatan dalam menghadapi ekonomi yang kian lesu. Poket kau poket aku. Poket aku poket aku. itulah yang terjadi sekarang. Kapitalis. Rasanya boleh google list no yang perlu diblacklist. Kalau ada yang tebus gak, carilah alasan yang munasabah untuk elak atau putuskan talian.

    Reply
  2. ZESCT

    Sekarang ni macam-macam cara untuk dapatkan duit dengan senang. Tipu sana tipu sini. Dia ingat senang ke nak dapatkan duit tu.

    Reply
  3. Ammar

    Bahaya sungguh sekarang ni. Kadang2 tu kita sendiri pun boleh kena tipu kalau tak tahu pasal ni.

    Reply
  4. Azizi

    Aku pun baru dapat call baru-baru ni.. katanya acc RHBnow kena “ceroboh”.. dia mintak tarikh luput dengan 3 digit no belakang.. bagi je la.. tapi yang salah. Malas nak berdebat.. lepastu terus tutup call..heheh

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *