Tips SEO: Menulis Jangka Panjang Atau Pendek?

By | Januari 2, 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

seo

Hari ini saya buka kelas berkenaan SEO (Search Engine Optimization) kerana saya bukan suka tunjuk satu persatu, dan saya bukan kedekut ilmu.

Sebelum tu, lebih bagus kalau saya ceritakan maksud SEO.

Pengoptimuman enjin gelintar (SEO) ialah proses untuk memperbaik jumlah dan kualiti lalu lintas dari enjin gelintar ke sesuatulaman sesawang melalui hasil gelintaran “semula jadi” (“organik” atau “algoritma”). Biasanya, lebih awal sesuatu laman sesawang yang dapat dikemukakan dalam laman hasil gelintaran atau lebih tinggi “tempat”-nya, lebih banyak gelintar yang akan mengunjungi laman itu. SEO juga menyasarkan berbagai-bagai jenis gelintaran, termasuk gelintaran imej, gelintaran setempat, dan gelintaran menegak khusus industri. – Sumber dari Wikipedia Bahasa Melayu

Biasanya, penulis blog akan menggunakan teknik ini untuk menaikkan blog di enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo! dan lain-lain. Contoh adalah seperti:

Hotel murah di Sungai Petani

sungaipetani

Satu pertanyaan: Anda suka menulis pada jangka panjang atau jangka pendek?

Masing-masing menyatakan jangka pendek lagi bagus, ada yang kata jangka panjang. Tapi banyak-banyak dalam entri blog semua ceritakan mengenai gosip artis, politik sana sini, siap ada copy-paste. Wah!

Itu jangka masa pendek sebenarnya.

Tapi saya lebih suka menulis entri yang tak sesiapa nak tulis, sebab saya buat ini untuk jangka masa panjang. Seperti contoh di atas ini, ia berada di bawah mudah.my. Sebab itu saya suka gaya begini.

Kenapa saya memilih jangka panjang? Bukan ingin dihargai atau menunjuk-tunjuk, tetapi saya suka berpandangan jauh, seperti bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian.

Bukti yang saya dapat tunjuk boleh dibaca di 10 entri paling popular tahun 2013.

Seperti saya menulis tadi, bukan nak menunjuk.

Jadi, anda masih pilih jangka pendek lagi? Terpulanglah ya…

Ok, tutup kelas. Ada masa saya sambung balik.

Wassalam.

Nota: Jika ada pertanyaan boleh Hubungi Saya atau tweet di Twitter atau tambah di Facebook.

4 thoughts on “Tips SEO: Menulis Jangka Panjang Atau Pendek?

  1. Fadhil

    Terima kasih tuan tanah kongsi ilmu seo dengan newbie seperti saya ni

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *