Kad Maybank ‘Hilang’ Di City-Link

By | Oktober 26, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beberapa hari dalam minggu ini yeop mula tertanya-tanya dengan status kad Maybank yeop.

Kenapa?

Beginilah ceritanya…

  1. Pada 2hb September lepas, yeop memohon penukaran kad debit lama kepada kad debit baharu (atau dipanggil MyDebit) melalui maybank2u.

2. Disebabkan memerlukan 14 hari waktu bekerja untuk proses penukaran dan penghantaran ke tempat kerja yeop, yeop rileks saja.

3. Dah masuk minggu ini (26hb September – 16 hari waktu bekerja) yeop taktau status penghantaran ke tempat yeop. Hal ini kerana yeop baru tersedar yeop dah mohon 2hb September lepas.

4. Yeop risau kad yeop jatuh ke tangan orang lain.

5. Yeop cuba tanya kawan-kawan yeop di Facebook. Ada yang menyatakan seminggu dah sampai, ada yang katanya kurier salah hantar. Yeop dah jadi risau.

6. Jadi, perkara pertama yeop buat adalah menelefon Maybank Customer Services (1300-88-6688) menanyakan status kad yeop.

7. Kata mereka, kad yeop telah sampai ke Sabak Bernam. Dia bagi nombor Tracking kurier. Rupanya mereka menggunakan khidmat City-Link.

8. Yeop mula track nombor yang diberi. Rupanya betul, mereka dah poskan ke Sabak Bernam pada 10hb September lepas.

9. Yeop cuba call City-Link menanyakan status surat itu, tapi mereka lepas tangan. Yeop naik geram dengan City-Link.

10. Keesok harinya yeop cuba menanyakan mereka di Maybank Sabak Bernam untuk status kad yeop. Saja je tanya, kot-kot boleh kensel kad sedia ada.

11. Rupanya, mereka kata tak boleh kenselkan. Hal ini kerana yeop telah memohon di maybank2u. Yeop jadi hampa seketika.

12. Hari ini, dengan mencetak nombor track City-Link di laman web mereka yeop serang City-Link Sabak Bernam.

13. Rupanya juga, City-Link di Sabak Bernam takde. Ces, rupanya alamat yang diberi di Google Map tidak tepat. Dahlah laman web City-Link sendiri tak mengemaskini alamat mereka.

14. Kebetulan pula, yeop menuju di Sungai Besar. Teringat balik ada Agen City-Link di sana. Yeop pergi terjah je.

15. Rupanya tekaan yeop sangat tepat. Yeop dapatkan MyDebit yeop di City-Link Sungai Besar. Yeop komplen jugak kat agen tu.

16. Katanya: “Akak tak dapat nak hantar guna pos sebab risau kad tu hilang. Sebab tu akak perap je tunggu mereka yang datang tuntut surat Maybank ni. Lagipun akak sorang je kat sini, pekerja tak ramai. Lagipun dorang tak letak nombor telefon untuk dihubungi.”

17. Yeop tak kisahlah pasal benda tu, tapi sekurang-kurangnya janganlah terperap je kat situ. Boleh je maklum kat Facebook ke, viral kat WhatsApp ke…

18. Ni tak, senyap je. Orang yang taktau cemanalah agaknya..

19. Ya, yeop memang salahkan City-Link kerana cuai dan tidak memaklumkan kepada pelanggan. Sepatutnya mereka yang menyediakan pakej ini perlu peka dengan kurier yang dipilih.

20. Cadangan kepada pihak Maybank, yeop nak anda menyaman City-Link kerana cuai. Kerana mereka, imej baik anda tercalar. Dengan cara ini, imej baik anda akan pulih semula.

21. Kepada pelanggan Maybank yang memohon menggunakan maybank2u, yeop syorkan serang kurier City-Link terdekat. Jangan biarkan mereka bermain dengan kita. Kita ada hak. Hak sebagai pengguna bijak.

22. Kepada pihak City-Link, anda sangat bodoh. Bodoh sombong. Berlagak nak mampuih.

Dah, yeop nak tutup cerita ini.

Tutup kes.

Kemaskini 26 Oktober 2016: Yeop baru tau dari sahabat Facebook yeop, Maybank dah tukar kurier ke Pos Laju. Dan berjaya dihantar ke pelanggannya. Tahniah Maybank, anda berjaya melakukannya.

One thought on “Kad Maybank ‘Hilang’ Di City-Link

  1. hyun

    Banyak terima kasih sebab berkongsi pengalaman anda. Post ini sangat membantu. Thanks for sharing. Saya juga replace kat m2u sebab masa lapang takde, branch tiap2 hari atur panjang. Sekarang seminggu lebih pun belum saya terima kad baru. Risau dan takut je. Maybank facebook komen juga ramai yang adu kad belum sampai. Kad baru tak boleh cancel juga. Syukurlah saya baca post ini, kalau ada apepe masalah selepas 14 hari, saya tau mcamne buat. Thank you.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *