Kalau Ada Rezeki Takkan Pergi Ke Mana…

By | November 3, 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

journal bleu

Yeop memang tahu dan anda sendiri tahu bahawa kalau ada jodoh takkan ke mana. Kalau ada rezeki pula bagaimana?

*****

Andailah anda mendapat hadiah iPhone 5S untuk kontes Cabaran iPhone 5S anjuran Denaihati Network, anda pasti teruja bukan?

Andailah anda mendapat suami atau isteri yang memahami anda, anda pasti gembira bukan?

Andailah anda mendapat anak, anda pasti suka bukan?

*****

Ya, anda ada perasaan begitu. Tahniah ya 🙂

 

Sebenarnya yeop dah menulis selama hampir 10 tahun, bermula dengan domain blogspot sehingga memiliki domain sehingga 3 domain dan 1 hosting. Ya yeop sangat gembira dengan semua benda ini.

Bukan mudah mendapat rezeki yang kita dapat selama ini.

Walaupun yeop melihat pendapatan melalui blog ini masih perlahan, tetapi yeop pasti ramai yang akan mengejar pendapatan yang melebihi gaji sekarang ini. Kini ramai yang bakal menjadi jutawan blog, sebenarnya bukan mudah untuk menyakinkan orang ramai terutama pengiklan untuk beriklan di blog kita.

Bukan mudah juga untuk menjadi mudah.

Yeop tak pernah minta satu sen dari anda semua sebab gaji yang yeop dapat sekarang ni masih mencukupi untuk masa akan datang. Anda pasti perasan dengan kekurangan iklan di blog yeop. Ya, yeop tak pernah minta dari anda tetapi anggaplah itu rezeki dan cabaran untuk menghadapi dalam bidang blog.

Walaupun yeop masih kekurangan pada trafik tapi sekurang-kurangnya yeop tak menyebarkan cerita yang hangat kepada anda semua. Yeop tak perlu jadi mereka, dan mereka tak perlu ikut cara yeop.

Sebab tu yeop lebih suka bersendirian.

Kadang-kadang yeop lihat ramai yang menaikkan nama seseorang tetapi TIDAK BERANI MENAIKKAN NAMA SENDIRI. Kesannya, anda sendiri yang susah. Memang anda tak nampak sekarang ini, tapi pandanglah ke langit dan tanya pada diri sendiri; “Perlu ke aku menjadi dia?” “Perlu ke aku menghormati dia, tapi pernah tak dia menghormati kita?” dan banyak soalan yang anda yang bakal anda terlintas di kepala anda.

Walaupun yeop tak menyokong dia tetapi yeop nak bagitau pada semua, walaupun anda bakal disaman oleh dia tapi jangan risau kerana dia tidak ada hak untuk menidakkan hak kita. Jadi, kalau dia serang kita, kita serang dia balik. Kalau tak nak jugak, duduk diam dan naikkan nama blog anda sendiri.

Well, ada aku kesah?

14 thoughts on “Kalau Ada Rezeki Takkan Pergi Ke Mana…

  1. Nurul Fazreen Othman

    Betul tu..klu dah rezeki tak ke mana. Janji Allah itu pasti.

    Reply
  2. Noriza Rahman

    Kalau bukan rezeki kita, nak masuk mulut pun boleh jatuh..

    Reply
  3. Alin Marlini

    dulu…masa kenal ngan otai2 seo…membuak2 kak alin nak kejar trafik ngan seo…tapi bila lama2 belajar tk pandai2…langsung senyap…tulis je apa yg rasa nak tulis…terpulang nak bc atau tida…yg penting happy kan yeop…

    Reply
  4. diana

    setuju sangat dengan Yeop..
    Kita buat je cara kita..
    tak semestinya bila kita buat sendiri,kita salah..kan??

    Reply
  5. titan

    tahniah pada mereka yang layak ke pusingan seterusnya.

    gua tak larat bab komen-komen nih..dah tua dahh..

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *