Kalau Betul Dia Si Jantung Hati…

By | Julai 14, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebenarnya yeop menulis pun bukan untuk diri yeop, tapi untuk seseorang yang yeop pernah janji dengannya.

Alkisahnya begini.

Dia pernah berkongsi satu status di Facebook, tajuknya lebih kurang macam “masih wujudkah lelaki yang memilih hati dari rupa?” dan seterusnya dia menulisnya di entri ini.

Dia pula berkata “walaupun dia keluar dengan rakan-rakannya yang lebih suka berhias dan lebih bergaya, tapi dia bukan pilihan jejaka-jejaka yang kacak.”

Lagipun dia berharap agar dia dapat bertemu dengan lelaki yang tidak lihat pada wajah dan paras rupa. Dia perlu yakin kepada diri sendiri, walau dia seburuk mana pun.

Jadi, yeop membuat kesimpulan sebegini.

Kalau lelaki yang dia pilih tu sesuai dengan dia, jangan lepaskannya. Seeloknya kenal dia macam mana, maksudnya tidak salah memilih tetapi kalau dia tu betul-betul pilihan kita, ajak dia bersatu (berkahwin). Tapi seeloknya juga kena kenal hati budi masing-masing sebelum menyatakan hasrat.

Yeop ni bukan pakar doktor cinta pun, tapi masing-masing mengalami zaman yang berbeza. Maksud yeop, umur yang berbeza.

Jadi, kalau dah jumpa tu dan bakal berkahwin nanti, jangan lupa jemput yeop. InsyaAllah yeop cuba menghadiri majlis dia.

Bak kata orang, kalau jodoh depan rumah pun dikira jodoh. Ye tak?

Lagi satu, kalau muka buruk tapi pandai masak. Cemana tu? hehehe

2 thoughts on “Kalau Betul Dia Si Jantung Hati…

  1. Cari Jodoh Muslim

    Cantik tu subjektif….Ramai tgk siti nurhaliza tu cantik, tapi saya tengok tak cantik pon…haha… Ada je laki tak tgk rupa…Yang penting pompuan kena jaga peragai…

    Reply
    1. Yeop Maz

      Betul.

      Tak semestinya lelaki nak perempuan cantik untuk dijadikan isteri.

      tapi kebiasaannya perempuan nak bergaya dan bercantik-cantik untuk menarik perhatian lelaki.

      Sebab itulah, biarlah mereka buruk pun asalkan dia mampu berhias untuk suaminya. InsyaAllah.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *