Kali Pertama Kejar HotFM Honda Jazz Zoomerz!

By | Jun 28, 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yeop tak pernah terpikir nak jumpa mereka, tapi memang mereka sangat spoting.

Tengah hari tadi, kebetulan kereta yeop memerlukan servis lanjut. Biasalah, dah tamat tempoh. Kebetulan pula, HotFM Honda Jazz Zoomerz singgah ke Sabak Bernam seketika. Nasib baik yeop memang buka radio 97.6FM tadi.

Dah masuk simpang ke bengkel kereta, dorang ada buat lintasan langsung untuk HotFM Honda Jazz Zoomerz. Dorang cakap, “kami berada di Stesen Minyak Petronas Sungai Besar, Sabak Bernam.”

Mana tak melopongnya, dah dekat sangat. Jadi, hantar kereta ke bengkel, terus berjalan ke Stesen Minyak Petronas tu. Memang penat, tapi nak dapatkan barang percuma… Sanggup!

Kebetulan pula, barang tinggal sikit je. Tinggal air sekotak, pelekat kereta HotFM, 2 tin Oishi & beg goodiee HotFM. Jadilahhh…

Untuk gambar kenangan pula, apa lagi, amek shot sekeping dua.

yeop-zoomerz

Dorang memang tak lama kat sini, mereka akan teruskan perjalanan ke Kuala Selangor. Jadi orang Kuala Selangor & semua, meh layan HotFM, Muzik Paling Hangat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *