Kegunaan Kain Pelikat Dalam Kehidupan Asas

By | Ogos 25, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

kain-pelikat

Kain pelikat sebenarnya banyak jugak kegunaannya. Tapi anda tau kan apa itu kain pelikat?

Kalau sekitar Malaysia, Selatan Thailand dan Indonesia ramai juga menggunakan kain pelikat untuk kegunaan pada masa sekarang. Tapi kebanyakannya penggunaan kain pelikat hanya di dalam rumah dan ke masjid atau surau sahaja.

Ada kalanya, tok imam dan bilal pun memakainya bila-bila masa.

Jadi, sebenarnya yeop suka sangat dengar lagu Kain Pelikat dari Anuar Zain. Tak percaya? Klik saja main di bawah.

 

Jadi, apa itu kain pelikat?

Definisi Kain Pelikat

Kain pelikat merujuk kepada kain sarung yang dipakai oleh orang Melayu, khususnya bagi kaum lelaki. Kain sarong ini telah dipakai secara meluas oleh pelbagai bangsa dan telah dikenali oleh masyarakat Melayu sejak zaman kerajaan Kesultanan Melaka lagi.

Kain pelikat biasanya dijual secara berjait atau tanpa berjahit (kain pelikat lepas). Pada suatu masa dahulu, kain pelikat lepas digunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji (ketika dalam keadaan ihram dan tidak boleh memakai kain berjahit). Pada masa kini, amat jarang kain pelikat dijual tanpa dijahit.

Seorang pengembara Feringgi (Portugis) yang tinggal di Melaka semasa zaman keagungannya 1528 hingga 1538 Castanheda menulis bahawa terdapat pedagang dari PaLaiyakat iaitu satu kawasan di Thondai Mandalam yang terbentuk dari daerah tenggara Andra dan timur laut Tamilnadu. It a turut merangkumi tanah Cholza. Mereka berdagang kain sarung khusus, kain putih dan barangan sebagainya yang diimport dari Palekat. Ia begitu popular sehinggakan kain ini dikenali sebagi kain pelikat.

Kegunaan Kain Pelikat

Dalam lagu kain pelikat yang anda dengar tadi mempunyai lirik yang bagus dan mudah untuk dicari. Ya betul tu, sangat mudah. Kegunaan Kain Pelikat sebenarnya boleh dikatakan seperti pokok kelapa, serba guna.

Antaranya adalah:

  1. Digunakan ketika solat
  2. Sarung ini diguna kan oleh wanita dipadankan dengan baju kebaya
  3. Sarung pelikat boleh digubah buat hantaran pertunangan
  4. Sesuai digunakan untuk samping
  5. Boleh digunakan sebagai selendang
  6. Digunakan oleh lelaki / kanak-kanak selepas berkhatan
  7. Dan banyak lagi kegunaan sarung pelikat.

Kesimpulan

Boleh dikatakan bahawa kain pelikat ini sangat sesuai di mana-mana tempat termasuklah mandi dalam kolam dan menutup kepala apabila waktu panas. Tapi lihatlah, mereka melupakan kain pelikat ini. Kalau ada pun hanya waktu solat biasa, solat jumaat saja. Apapun, eloklah kita memperkenalkan semula kegunaan Kain Pelikat kepada semua. Best apa…

Dah tu, kita layan lagu di bawah ni…

 

5 thoughts on “Kegunaan Kain Pelikat Dalam Kehidupan Asas

  1. M.Syamsid Dhuha

    Balik dari office kain pelikat dah macam pakaian tidur siap dah . Kadang2 ke restoran pon berkain pelikat je . Haha Well This is Malaysia kan . Everything can lah xD

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *