Kenali Blogger MohdZarin.com

By | Oktober 20, 2015

Assalamualaikum dan selamat selamat sejahtera.

Rasanya dah lama yeop tak review blog rakan blogger lain. Tapi takpe, yeop cuba menulis yang terbaik untuk entri kali ini. Hehehehe

Hari ini yeop nak review satu blog yang agak yeop kenal tapi tak mesra (paham ke tak?) tapi yeop kata okey je…

Yeop nak menulis mengenai blogger MohdZarin.com

Mesti ramai yang kenal dengan beliau, yeop yakin. Tapi yeop belum bertegur-sapa dengan beliau lagi. Agaknya, apa yang spesel sangat dengan blog beliau sebenarnya?

Kali pertama yeop membaca entri beliau adalah dari entri yeop lepas, iaitu Kapsul Masa dan The Mall Kuala Lumpur. Yeop mengambil sumber fakta dari entri blog beliau. Tapi biasalah, yeop baca pun sangat biasa dengan cara penulisannya. Ada kalanya, yeop lebih suka membaca entri beliau kerana entrinya sangat segar dan mekar macam bunga matahari. (bodek ni, bodek :p )

Blog beliau juga mempunyai beberapa tema (niche) tersendiri, ia termasuk gaya hidup, hiburan, review hotel, gajet, makan pun ada dan penjelajahan. Wah, yeop lihat pun, niche blog beliau pergi sumbat semuanya dalam satu blog. Kalau yeop, entahlah.

mohd-zarin-2

Yeop dengar dari seorang blogger seperti yeop, beliau juga orang kuat syarikat yang keluar cerita animasi popular, Upin dan Ipin. Oh baru tau.

Baru-baru ini beliau ada masuk di TV1 dalam rancangan Menu Kita Walla bersama Brian Masterchef.

Okey yeop tak cakap panjang, yeop cakap terus je.

Apa pandangan yeop pasal blog MohdZarin.com?

Blog beliau sangat segar, menarik perhatian semua pembaca untuk membaca lebih lagi. Tema pula cantik jugak, sama macam tuan badannya sendiri. Penuh dengan niche-niche yang semestinya orang lain takkan lari dari blog beliau. Maksudnya, beliau telah mempelbagaikan niche-niche yang ada untuk tatapan pembaca semua hanya dalam satu blog sahaja. Penulisannya sangat mesra alam dan mesra pembaca, patutlah trafik blog beliau asyik naik sepanjang hari. Ni yeop jeles sama beliau ni…

Tahniah bro kerana berjaya dalam bidang blogging, kipidap (eh, dengarnya Ayahanda Kulup dah daftar trademark dalam myIPO…)

Kalau dapat jumpa blogger ini, gerenti yeop akan masukkan dalam Kenali Mereka di blog yeop ini. InsyaAllah.

Nota: Dengarnya beliau ada buat giveaway pasal T-Shirt “I’m A Professional Blogger” berserta nama blog kita. Hanya menulis entri pasal blog beliau dan menang sehelai baju dari 5 baju yang ditawarkan beliau.

Nak tahu, pergi ke blog beliau di MohdZarin.com untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *