Azam Baru cerita

Kenangan Sepanjang 2017 dan Selamat Tahun Baharu 2018

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pejam celik, pejam celik kita dah berada di penghujung tahun 2017.

Terlalu banyak kenangan yang yeop simpan dan semestinya ada yang membuat yeop meratap diri yeop. Mungkin yeop masih belum terima hakikat semuanya telah tertulis sejak azali lagi.

Kenangan 2017

Yeop masih ingat Arwah Mak yeop meninggal pada bulan Puasa 2017 lepas, waktu raya tidak buat persediaan apa2 sebab masih dihantui perasaan bila arwah mak hidup lagi..

Yeop tau, yeop tak sekuat mereka yang mengalaminya.. Tapi yeop redha dengan ketentuan-Nya.

Tak sampai 3 bulan, yeop pula bernikah dengan Mia Namia.. Dia yang pengganti arwah mak untuk menjaga yeop. Semuanya proses sangat cepat.

Syukur sangat, keluarga dia terima yeop seadanya, keluarga yeop terima dia seadanya..

Mungkin yeop nak katakan, semua perkara ini ada hikmahnya.. dan yeop terima je perjalanan ini.

Azam Tahun 2018?

Yeop sentiasa menemani isteri yeop, dari dulu yeop sayangkan dia. Dan kini, yeop temankan dia sampai akhir hayat kami. Tahun depan juga, cuba berubah untuk menjadi lebih baik. Mana tahukan..

Lepas tu, harap-harap ada pekerjaan (job) blog yang lebih-lebih.. Bergaul dengan kawan-kawan blogger yang berada di Facebook dan Instagram.

Dalam perancangan, beli kereta Iriz untuk isteri yeop dan perjalanan jauh nanti.

Mungkin juga, yeop belajar dalam bab hartanah dari sifu-sifu jugak.. InsyaAllah kalau ada rezeki masuk kelas, yeop dan isteri yeop sertai juga.

Perkongsian demi perkongsian yang bermanfaat untuk tatapan anda semua. (Ikuti yeop di Facebook Yeop Maz)

Penutup

Penulisan ini telah membuka pintu hati yeop untuk menulis lagi dan lagi sepanjang tahun 2018, mungkin juga ada job blog baru, ye idok?

InsyaAllah, kita akan bertemu lagi pada entri akan datang..

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *