Kenangan Lebuhraya Timur Barat Yang Telah Dilupakan

By | Mei 9, 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana kita masih panjangkan umur untuk meneruskan hidup sebagai umat Islam di negara tercinta, iaitu Malaysia.

Sebenarnya yeop baru tau cerita mengenai Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan antara Gerik, Perak hingga Jeli, Kelantan yang kali pertama seumpamanya di Malaysia. Walaupun mengikut sejarah mengenai lebuhraya itu sangat menyedihkan, tetapi kita masih bersyukur hidup aman di negara ini.

Cerita ini bermula sejak pembinaannya pada 1967 apabila negara kita masih dijajah oleh komunis di kawasan hutan sekitar Gerik dan Banding, Perak. Tahukah anda bahawa ia mengambil masa paling lama untuk menyiapkannya? Ya, ia mengambil masa selama 12 tahun!

Yeop juga merujuk kepada Wikipedia mengenai cerita ini. Apa yang ditulis dalam ini adalah:

“Lebuhraya Timur-Barat mula dibina pada tahun 1967. Proses pembinaannya kerap kali terganggu akibat perbuatan khianat pengganas komunis yang sering sahaja menyerang hendap pekerja binaan sepanjang Perang Insurgensi Komunis ataupun Darurat Kedua dari tahun 1967-1989, menyebabkan pembinaan lebuh raya ini memakan masa yang sangat panjang. Malah, semasa lebuh raya ini dibuka pun pihak tentera mengawal ketat lebuh raya ini dan pemandu hanya boleh menggunakan lebuh raya ini pada waktu siang sahaja dan perlu melapor diri setiap kali menggunakannya.

Sistem kawalan keselamatan yang ketat dimansuhkan setelah pihak komunis menyerah diri sepenuhnya pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan dibina oleh Jabatan Kerja Raya di Pulau Banding bagi menghormati para pekerja yang terkorban akibat serangan hendap komunis sepanjang pembinaan Lebuhraya Timur-Barat.”

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pekerja Jabatan Kerja Raya yang terlibat dalam pembinaan lebuhraya ini. Ingin melihat lebih gambar mengenai lebuhraya ini, lihat di Facebook dengan #kisahjrtb.

Gambar ini hak cipta terpelihara oleh Jabatan Kerja Raya Perak dan Jabatan Kerja Raya MalaysiaGambar ini telah diberi izin untuk disebarkan di entri ini.

12 thoughts on “Kenangan Lebuhraya Timur Barat Yang Telah Dilupakan

  1. ainun

    lama juga nak siap lebuhraya ni…12 tahun. baru saya tahu kisah ini

    Reply
  2. mai has

    hbukan semua tahu sejarahni termasuk saya.terima kasih atas perkongsian…

    Reply
  3. Fyda Noh

    Setiap peristiwa mempunyai sejarah tersendiri untuk difikir dan diambil iktibar oleh generasi baru.

    Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      gajah dah tiada tempat tinggal. sebab tu gajah merayau-rayau sekitar jalan tu. jadi berhati-hatilah apabila melalui jalan ini.

      Reply
    1. Khairil Mazri Post author

      sebab tu zaman mereka sungguh bijak dalam pembinaan lebuhraya ni. kita perlulah mencontohi sikap mereka yang tabah menghadapi dugaan pada zaman sekarang ni.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *