Kenangan mengusik jiwa…

By | Mac 11, 2015

Assalamualaikum…

Harap-harap korang semua sihat sentiasa. Hari ini baik punya cerita, mengenai kenangan mengusik jiwa, masih diingati sampai bila-bila.


Teringat kembali zaman budak-budak…


Masa tu bulan puasa lagi. Kan banyak iklan raya kat TV kan? hehhehe Masa tu saya amat takut sangat-sangat iklan kemalangan. tahun 2001, ada keluar iklan pelita menyala. Andaikan ia nyawa kita. 


Mula-mula pelita menyala, pelan-pelan. pastu lampu ke kiri, ke kanan. terpadam lampu itu. Sekali bunyi efek keluar pulak. Memang terus terang, saya lagi takut bila keluar iklan tu lagi.


Hurm… memang menakutkan.

Teringat masa dulu, ramai sedara mara turun ke umah Opah untuk menjenguk kami semua. Biasalah, dah lama tak jumpa. Memang gembira masa itu.


Kini, kenangan hanya tinggal kenangan. Opah dan atok dah lama meninggal. Kami ada adik beradik je… Kami raya tahun ini buat tak semeriah mana pun.


Sedekahkan Al-Fatihah kepada opah dan atok yang saya sayangi dan dikasihi. Amin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *