Kenapa Ambulans Lambat Sampai?

By | Januari 13, 2016

ambulans-lambat

Dalam keadaan yang cemas taktala berlaku sesuatu kecelakaan , setiap manusia tidak kira pangkat dan darjat mahukan bantuan dengan kadar yang segera, apatah lagi yang melibatkan nyawa orang yang tersayang. Acapkali, menerusi media massa dan media elektronik, orang awam mempertikaikan kelambatan respon ambulans. Seperti sedia maklum, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) adalah profesion yang di amanahkan untuk menjadi “first responder” menerusi Unit Pra Hospital.

Untuk makluman semua kelambatan respon ambulans adalah berdasarkan perkara perkara berikut :

1. Pemanggil memberikan maklumat yang kurang tepat.

2. Pemanggil memberikan maklumat yang mengelirukan kerana terdapat banyak pemanggil bagi kes yang sama.

3. Kawasan pemanggil di luar kawasan capaian. Teknologi komunikasi yang terkini telah di aplikasi di mana “M-kad” telah di perkenalkan dan di guna pakai oleh Unit PHC. M-Kad membolehkan lokasi pemanggil di kesan sama seperti sistem GPS ,namun tidak semua kawasan menerima “signal” M-Kad ini.

4. Pemanggil sendiri tidak mengetahui kawasan sekitar.

5. Petugas “Emergency Medical Dispatcher” (EMD) mencari “source” bantuan yang terdekat dengan kawasan kecelakaan , dan jika PPP yang sepatutnya tidak dapat merespon kerana merespon kes lain atau tiada penganti di klinik ,maka EMD terpaksa mencari “source” lain yang agak lebih jauh daripada kawasan kejadian.

6. Bagi kes yang tiada “source” terhampir, EMD terpaksa mengarahkan PPP daripada hospital (base) sendiri untuk merespon yang mana jaraknya agak jauh.

7. Bagi sesetengah kawasan , akibat kekangan kekurang staff, PPP di Unit Pre Hospital Care (PHC) di gunasama dalam tugas di Jabatan Kecemasan & Trauma (ETD), dan kadang kala keadaan di ETD terlalu sibuk yang akan menyebabkan PPP agak terlewat respon.

8. Akan ada yang mengatakan ambulans selain daripada Kementerian Kesihatan (KKM) lebih cepat respon daripada staff KKM, hal ini kerana, ambulans selain daripada KKM, bertindak sebagai “pembantu” dan hanya merespon yang tidak kritikal (berdasarkan maklumat pemanggil) dan mereka juga telah bersedia dan tidak terikat dengan tugas hakiki lain.

9. Bagi kes yang kritikal dan melibatkan ramai mangsa, PPP PHC KKM yang terlatih di arahkan merespon kerana staff “bantuan” luar daripada KKM tidak di benarkan melakukan melakukan beberapa prosedur yang mana ianya perlu mendapat “lesen” menerusi pentauliahan yang betul.

10. Kesesakkan lalu lintas lebih lebih lagi jika berlaku pada “peak hour”.

11. Sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan dengan tidak memberi laluan kepada ambulans walaupun siren di bunyikan.

12. Mengikut SOP, ambulans tidak di benarkan melanggar lampu isyarat. Jika terjadi kemalangan ke atas petugas, ia menjadi salah petugas sendiri.

13. Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menyalahgunakan lorong kecemasan.

14. Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang menyalahgunakan parking ambulans.

KKM menerusi Jabatan Kesihatan Negeri memandang serius akan “respon time” dan setiap Jabatan Kecemasan & Trauma mempunyai target “Key Performance Index” (KPI) tersendiri dalam “respon time” bermula daripada panggilan di terima hingga PPP tiba di tempat kejadian dan untuk makluman, jika “respon time” tidak mencapai target dan atas sebab yang tidak munasabah, tindakkan di ambil bagi mereka yang terlibat

Satu perkara rakyat Malaysia perlu tahu, “Ambulans bukan kenderaan yang boleh terbang ataupun di lengkapi dengan enjin twin turbo di mana letak sahaja telefon ia mampu berada di depan mata”.

Dipetik dariĀ Penolong Pegawai Perubatan

2 thoughts on “Kenapa Ambulans Lambat Sampai?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *