Luahan Hati

Kenapa Perlu Takut dengan Pesaing?

Kongsi Entri Ini di

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Setiap kali kita di beberapa tempat seperti di ofis atau sekolah, pastinya anda melihat rakan-rakan anda tak senang hati dengan anda.

Kenapa agaknya?

Ya, mereka cemburu bila kita adalah lebih baik dari mereka.

Jadi, kebiasaannya mereka pastinya mencari kesalahan yang anda takkan tahu. Yang paling teruk adalah difitnah atas sebab ‘dosa-dosa’ yang anda lakukan.

Nampak macam pelik kan, tapi inilah bangsa MELAYU.

Bangsa Melayu ni, tak cemburu tu bukanlah mereka. Entah, apa yang tak senang hati dengan kita.. Manusia macam ni patutnya dihapuskan dalam kehidupan kita.

Ops, bukan orang ye.. Sikap orang tu.

Yeop tak pastilah bangsa lain pun ada sikap cemburu atau tak.. Tapi apa yang yeop pasti, manusia tidak akan lari dengan sikap cemburu.

Apa yang buat mereka takut?

Nak tau, produk yang kita jual ni sebenarnya bagus. Bukan yang tulah, produk dari Uganda tu. Hahaha.

Setiap produk pastinya ada kebaikan dan kekuatannya tersendiri. Yeop memang akui, semua benda pastinya ada kelebihan dan kelemahannya.

Tapi sikap manusia yang degil dan pentingkan diri sendiri yang membuat provokasi yang tak sudah-sudah menyebabkan kebaikan yang ada pada produk itu hilang dengan sekelip mata.

Orang lain pun buat atau jual produk yang sama, tapi tak semestinya anda perlu kata “ehh, produk kami lagi bagus dari produk X.”

“Produk X ada virus yang merosakkan minda kita.”

Dah produk tu baik, sebarkan yang baik. Tak payahlah nak cari kesalahan orang lain dengan memburukkan lagi produk orang.

Pengguna ada pilihan, terlalu banyak. Kita sebagai penjual sepatutnya redha bila produk kita tak laku. Apa boleh buat kan, masing-masing ada pilihan.

Takkan nak paksa pengguna beli barang kita kan? Itu dah melanggar etika sebagai penjual.

Nak memburukkan penjual lain, tak payahlah nak kata “aku boleh buat apa yang aku suka, asalkan aku puas dengan semua ni. Biarlah orang lain susah, asalkan aku tak menyusahkan orang lain.”

Hakikatnya, secara tidak sedar anda telah merosakkan sikap hormat kepada mereka yang menyokong anda.

Jadi, apa yang perlu takut dengan pesaing? Bersainglah dengan sihat, insyaAllah orang lain akan hormat anda.

Yeop Maz
Lifestyle Blogger and Influencers. Hubungi yeop di yeopmaz@gmail.com atau mssg.me/haiyeop untuk permintaan promosi, review atau event berbayar.
https://yeopmaz.com

One Reply to “Kenapa Perlu Takut dengan Pesaing?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *