Kenapa Saya Masih Berdiri di Sini?

By | September 13, 2011

Assalamualaikum…

Hari ini ingin menceritakan secara ringkas, kenapa saya masih berdiri di sini.

Dulu, masa blog belum popular di Malaysia tahun 2007, saya dah mulakan blog. Masa tu mana ada sapa-sapa buka akaun blog lagi. Saya buka pun, sebab terikut kawan-kawan sekolah dulu.

Masa menulis blog ini, takda siapa yang sudi jadi pengikut (follower) saya. Saya, dengan sendirinya mengikut apa yang saya tulis. Hanya seorang masa itu.

Selepas hampir 2 tahun menulis masa tu, saya buat keputusan padam semua tulisan terdahulu. Dengan niat suci, saya mulakan pengisian pertama tentang diri sendiri.

Sejak itu, seorang demi seorang mengikut blog saya, saya terus bersabar.

Saya hampir berputus asa, akhirnya saya mendapat tahu ada kumpulan kat facebook. So, saya join sekaki. Melihat blog mereka yang cantik, comel, dan tersusun. Saya hantar link blog saya untuk anda semua menilai, dan mengikut saya.

Baru 6 bulan terjebak dalam grup ini, pengikut saya sudah melebihi 100, walaupun tiada komen membina. Saya sedar siapa saya, saya tau kenapa saya berdiri di sini.

Alhamdulillah, saya masih berdiri teguh walaupun sudah mencecah 4 tahun berblog. Segala suka dan duka dah saya lalui sendirian. Kini, dengan anda semua, saya masih di sini.

Terima kasih semua…. Sekian, Wassalam.

:’-( *mood sedih dan terharu*

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *