Kepercayaan Hilang Sekelip Mata

By | September 11, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

trust-torn

Kepercayaan Hilang Sekelip Mata¬†– Tahukah anda bahawa kepercayaan kita terhadap orang lain bermula dengan janji. Dengan perkataan “saya janji” setiap kali bermulanya kehidupan di dunia ini pada setiap pagi. Orang lain memang mempercayai apa yang kita katakan mengenai sesuatu.

Tetapi, apabila janji itu telah dirosakkan atas sebab sesuatu yang tidak dijangka bermulanya persengketaan dan hilang kepercayaan antara satu sama lain.

Kenapa jadi begitu? Sedangkan kita mengetahui bahawa Allah mentakdirkan sesuatu perkara atas luar jangkaan fikiran kita. Walaupun kita menyatakan “saya janji” setiap kali kita buat salah, tak semestinya orang lain mempercayai “janji” kita.

Yeop pula, setiap kali orang tak mempercayai kata-kata kita kerana yeop terlupa atau tidak sesiapa mengingatkan yeop, ia berlakunya perbalahan. Walau sekecil biji naga pun, orang takkan mempercayai kata-kata kita.

Betul kan?

Maksudnya, janji yang dulu tiada lagi. Hanya persengketaan dan ketidakpercayaan sahaja berlegar di fikiran mereka.

Jadi, yeop sedar siapa yeop.

Penafian: Entri ini tiada kaitan antara manusia yang hidup atau meninggal dunia. Jika berlaku sedemikian, yeop minta maaf kerana ketidaksengajaan.

7 thoughts on “Kepercayaan Hilang Sekelip Mata

  1. Azeni Ahmad

    Susah kalau dah hilang kepercayaan..
    Sebab kepercayaan bukan dibina dalam masa yang pendek.
    Ia memerlukan masa yang panjang.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *