Kereta 12 Tahun Wajib Lupus?

By | Jun 28, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkara yang sering kita guna setiap hari adalah memandu kereta. Tapi sejak akhir-akhir ini kerajaan Malaysia mula menunjuk ‘kebodohan’ dengan ‘idea bodoh’nya. Dahlah bodoh, sombong pula.

Aku ada terbaca dalam berita semalam dan hari ini, yang menyatakan kereta yang lebih usia 12 tahun diwajibkan lupus di tanah Malaysia.

Cerita pasal lupus kereta bermula pada tahun 2012 (kiranya tahun lepas jelah) apabila pihak Perodua memohon kepada Kerajaan untuk semak semula kereta.

Ketika ini, kerajaan masih di peringkat perbincangan mengenai polisi berkenaan menerusi NAP yang menetapkan kereta berusia lebih daripada 15 tahun perlu dilupuskan bagi memastikan keselamatan kenderaan dan pengguna.

Ayat “keselamatan” sebenarnya melihat kepada sikap pengguna sendiri. Kalau yang dah berumur takkan nak buat pinjaman untuk kereta?
Anda boleh cari kat Google Search pasal berita lama tu. Aku malas nak kopi-pasta.
Kemudian, dah pak menteri kita pulak, buat akta mereka sendiri.
Kata Pak Menteri, “Saya perlu mencari satu mekanisme supaya rakyat tidak akan terjejas atau dibebani dengan kos sara hidup ,” katanya hari ini. “Kita mungkin perlu pergi ke hadapan dengan apa yang telah dicadangkan tetapi mungkin terdapat mekanisme yang tidak akan menimbulkan beban yang tidak diperlukan, ” katanya.
Itu bukan nak kurangkan beban, ini dah menambahkan beban. Aduh…
Aku tak pernah setuju dengan pemikiran tahap tadika sekolah. Aduh…
Mengeluh lagi.
Semalam pun ada mereka cerita pasal Proton Saga buat test eksiden di blog cbt.com.my

The Proton Saga sedan manufactured in 1990 crashed on the driver’s side into the stationary aluminium honeycomb at approximately 64 km/h upon impact with three dummies inside the vehicle – two adults (driver and front passenger) and a three-year-old toddler unrestrained (without seat belt).

Hanya kerana Proton Saga, habis semua kereta lama rosak. Dahlah video takde, buat hanya sebiji kereta je.
Aku rasa mereka buat suka-suka.
Bukan semua mampu beli kereta baru, melainkan…
Turunkan cukai semua kenderaan di Malaysia, buat macam Bebas Cukai di Johor Bahru dan Pulau Langkawi.
Jangan pilih kasihlah, kalau nak tambah duit kami kat kerajaan cakap je, nie cakap macam “demi kepentingan rakyat”!
Jemulah…
Lebih baik letak ayat “demi kepentingan kroni” ke, “demi menambahnilai duit kerajaan” ke… sedap sikit ayatnya.
Dah tu, kepentingan mereka? Mungkinlah…

2 thoughts on “Kereta 12 Tahun Wajib Lupus?

  1. harris

    Yang baik dan meringankan masaalah, kita sokong. Yang menyusahkan lagi menambah masaalah, kita tolak sebaik-baiknya dengan cara yang baik.

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *